klik2..

Sunday, July 4, 2010

BBY.. HOSPITAL.. ICU Part 2

Salam all,

huhu.. pengalaman kali ini betul² mencabar... pertama kali rasa kena induce.. tak sama macam sakit biasa.. rasa lebih sakit.. bayangkanlah lepas masuk ubat pukul 8.30 pagi, menahan sakit sampai ke tengahari... mula contraction kuat pon selepas pukul 12.00.. sampailah akhirnya selamat aku melahirkan bby boy yang kami setujui untuk namakan Firas.. 02.25 petang 5 June 2010... tarikh keramat dalam hidup aku...

Mulanya aku sangkakan semuanya berjalan lancar.. selepas bby boy tu ditunjukkan oleh dr khoo kepada aku.. namun bila masa yang diambil agak lama untuk memberhentikan darah dan jahitan aku dah mula rasa lain.. dalam dua pengalaman sebelum ini rasanya tak lama masa yang diambil dan waktu tuh biasanya aku dah berehat² je.. hingga akhirnya selepas beberapa kali suntikan untuk menghentikan pendarahan, aku termuntah.. dan.. aku mula merasakan kesakitan bila doktor cuba menghentikan pendarahan.. dan masih dapat aku rasakan, semakin banyak darah yang keluar...

Ketika itu, aku dah semakin lemah... ditambah dengan sakit belakang yang semakin terasa... masih sedar dengan apa yang berlaku walaupon bukan 100%... dan aku masih juga merasakan saat aku ditolak ke ot... cuma sebelum operation tu, aku cukup ingat apa yang dibisikkan oleh doktor waktu tu.. (dr zul sebenarnya).. ingat Allah banyak², mengucap... jangan tutup mata... dan tak lama selepas itu, aku tak sedar apa yang berlaku...

10.00+ malam.. barulah aku tersedar.. dan mengingati apa yang berlaku.. aku tahu aku telah selamat melahirkan.. dan ingat waktu aku disorong ke ot.. aku di ICU rupanya... dengan wire di sana sini... dan tekak yang terasa sangat haus... suami tersayangku ada disisi.. dengan jururawat.. dan tak lama kemudian dr khoo datang untuk melihat keadaanku.. barulah aku tau apa yang benar² terjadi...

Semua memberikan aku sokongan... dan apabila aku mengucapkan terima kasih padanya, dr khoo mengurut dadanya.. seperti lega dengan apa yang aku ucapkan.. dari mulut suamiku, semua yang berlaku diceritakan sedikit demi sedikit... aku menghampiri maut rupanya... Alhamdulillah, masih Allah memberi kesempatan untuk aku membesarkan Firas yang baru kulahirkan, Harraz dan Akif yang kusayangi, bersama suami yang sangat kucintai dan seluruh keluargaku... Allah masih meminjamkan aku untuk kalian.. Aku insaf dan bersyukur.. setiap yang berlaku ada hikmahnya.. dan apa yang dilakukan doktor untuk menyelamatkan aku benar² aku hargai dan tidak kusesali.. 31 tahun dipinjamkan kepadaku, bila usiaku tanpanya pasti ada hikmah terbesar disebaliknya..

Ya Allah, aku benar² bersyukur.. kurniaan besar yang telah kau berikan padaku.. kini aku berazam untuk menjadi hamba terbaik bagi meneruskan perjalanan membesarkan tiga orang puteraku dan menjadi isteri terbaik untuk suamiku... setiap nikmat yang masih kurasai ini benar² kusyukuri.. Alhamdulillah..

Banyak yang kurancangkan perlu di teliti semula.. tak dapat pulang ke rumah mak waktu berpantang ni.. takpelah.. aku redha... dan penjagaan untuk operation juga tak sama dengan normal... tapi aku bersyukur.. mak dapat juga datang menjagaku di rumahku sendiri.. seminggu lebih.. terima kasih banyak mak.. selebihnya aku dijaga oleh Nur, adik iparku yang tak letih² membantu.. dan seterusnya aku bersama suami meneruskan tempoh berpantang yang bersisa 15 hari lagi.. semoga semuanya berjalan lancar...

Alhamdulillah... ujian Allah adalah untuk hamba yang mampu menanggungnya...
Salam...

1 comment:

asma HazeLnut said...

bace entry ni mengingkatkan balik detik2 itu..pun mengalir airmate..

Alhamdulillah semue selamat..sorry jugak sbb xdapat tlg akak kat s2 tu sbb kat jiboi ni macam2 lak kejadian2 yg memerlukan nur..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..