klik2..

Friday, December 10, 2010

Gaji 1.5 juta setahun part 2..

Salam all,
Nak sambung n3 tadi.. kali nih nak cerita isi penting... kandungan bicara yang memberikan motivasi..
'kejayaan bukan milik sesiapa'..
bukan ditakdirkan untuk seseorang, sesuatu kaum atau bangsa.. melainkan kejayaan itu datang dengan usaha, kesunguhan dan akhirnya berserah pada-Nya.. dan... dalam menempuhi perjalanan untuk kejayaan itu pasti akan ada rintangannya... akan ada pengorbanan yang perlu ditagih..

sebagai manusia perlu 'sentiasa positif'.. yakinlah mampu dan boleh melakukannya... jika belum mencuba... sudah memikirkan kegagalan.. maka gagallah anda... untuk mengecapi kejayaan, takkan ada jalan pintas yang mudah... jangan terlalu tamak hingga lupa... ada bahagian orang lain untuk setiap yang kita dapat..
'jika berjaya, jangan lupakan ibu bapa.. tak kiralah ayah yang dah tua.. ibu yang sakit'.. besar ertinya.. kerana bagi setiap kejayaan seorang anak pasti ibu bapa memainkan peranan yang paling penting.. ada doa2 yang ditadahkan oleh mereka... ada keberkatan yang tak ternilai...

justeru, terus sy memikirkan diri.. menilaikan diri.. terkadang merasakan kejayaan terlalu sukar digapai.. memikirkan terlalu banyak alasan untuk menuju kegagalan.. terlalu takut untuk berusaha keras.. terlalu memikirkan akan gagal... dan terkadang... terlupa pada mak dan abah.. yang lebih 300km jauhnya dari sini...

Ya Allah... dengan kekuatan yang ada.. Kau bantulah diriku.. semoga kejayaan di dunia dan akhirat milikku selamanya... Amin...

-motivasidiri-

4 comments:

asma HazeLnut said...

aminnnnn... =)

ardinihumaira said...

InsyaAllah...
semoga dipermudahkan segalanya, amin

noradzlina.kamdani said...

rsnye..klu dlu ms jd stdn diberi motivasi mcm ni mgkn lin akn lbh cemerlang...

MAMA MIRZA said...

thanks all...

lin.. tu ler... dudu takder kan.. huhu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..