klik2..

Tuesday, December 14, 2010

Mengikat baby sling

Salam all,
Saja nak share dengan kawan² macam mana sy ikat sling bila bawah Firas jalan² atau yg paling penting time shopping... yelah mana nak amik barang... nak layan bby lagik... yang bestnya, bby memang selesa bila dukung camni dan tak letih...

Ramai org tgk kalau sy bwk bby camnih.. tak kirelah kalau diowang ingat sy bibik ke.. tapi ada gak yang tanya camner sy ikat... so caranya senang je.. (awal² susah ler sikit... dah lama² senang tau..) sambil wat keje pon selesa... (ups... stop membebel..)

Cara-caranya:
1) Beli kain yang bersesuaian (cotton atau flannel pon ok).. lebar 45'.. beli 4.5 meter (nak panjang sikit pon boleh.. ikut kesesuaian). Belah tengah (maknanya akan dapat 2 helai).. Jahit bahagian tepinya.
2) Ambil bahagian tengah kain dan letakkan pada perut (tangan kiri sy)
3) Tangan kanan tarik satu hujung kain dari belakang dan naik ke bahu kiri.
4) Ambil lagi satu hujung dan naikkan dari bawah tangan kiri ke atas bahu kanan.
5) Kemaskan kedua-dua hujung pada bahagian depan. Pastikan sama panjang kiri dan kanan.
6) Silangkan dan pastikan masuk di bawah kain utama (di atas perut tu).
7) Tarik hujung dan ikat ketat pada bahagian belakang.. Tadaaa.. siap dah..
8) Sekarang, ambil bby dan masukkan kaki seperti di bawah.
9) Pastikan kedua-dua kaki masuk di tempat yang betul.
10) Kemaskan, dan bahagian luar tu selalunya sy bukak ke atas jika bby tido dan berada di tempat yang sejuk.
Ok.. selamat mencuba ya..
-mamaberkongsi-

3 comments:

Cyda Acme said...

alalalalal elok jek diam firas dok kan. kot my ariflah ... sure dah ngamok2. tp nak try gaklah nnt hu3

Tautan Hati NabilaHasyim said...

Kak, nak tanya..

kain yg bidang 45 tu akak belah dua, pastu kena sambungkan ke? ke tak perlu?

Mama Mirza said...

Tak perlu sambung.. maknanya akan dapat dua helai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..