klik2..

Wednesday, December 29, 2010

TADIKA ANAK

Salam all,

puas sudah.. sy round² keliling Seremban2 nih untuk cari tadika
terbaik untuk anak sy...
apa kriteria yang sy cari???
Kriteria tadika yang baik.. (bg sy ya...)
1) Sy nak yang ada ajar basic Islam dan mengaji..
2) Sy nak yang tak terlalu strict.. kesian kat anak²...
3) Environment yang menarik untuk budak²..
4) Belajar basic utk sambung ke sekolah rendah..

kenapa sy plan nak tukar tadika???
last year Akif dah masuk Tadika Bintang Harapan... yang memang
bagus dari segi pengisian ilmu nya.. maksudnya.. sampai hujung tahun
nih mmg akif dah boleh membaca.. buat simple math.. membaca jawi...
cuma apa yang sy nak.. sy nak dia belajar benda² yang tak mampu
sy ajar dengan sempurna kat rumah... nape sy cakap camtuh???
sy boleh ajar dia amik wudhu tapi nak betul² sampai dia boleh buat sendiri
tu yang susah..

di rumah, sebagai ibu yang berkerjaya.. dengan bby kecik..
(banyak alasan??) maknanya sy tak mampu...
jadi sy berharap agar kekosongan itu.. mampu dibantu oleh cikgu...
terukkan sy???

tak kisahlah ya atau tidak jawapan anda.. sy akan buat yang terbaik
untuk anak sy.. bila sy tak mampu, sy usahakan cara lain yang masih
dalam kemampuan sy.. tanggungjawab sy didikan agama itu..
tapi tak salah kalau sy harapkan guru untuk membantu.. kan??
huhu.. panjang lebar...

harap sy jadi ibu yg baik..
-mama3mirza-

4 comments:

noradzlina.kamdani said...

xcuba ke ABIM di seremban? tp lin xtau kt area mana hu hu hu..cuba tanya dgn siti zaharah sbb dia hantar anknye ke sana klu xsilap la..ank hasni pun rasanye sama

MAMA MIRZA said...

ABIM pastinya bukan kat area Seremban2.. sy taknak jauh² dari rumah.. huhu.. ok kot yang sy pilih nih.. anyway tq..

Amy Syaquena said...

Alamak nak bantu tapi x tahu la maaf..semoga dapat jumpa dengan tadika yang di cari ye..

Ibnu Yusoff said...

Anda mencari pusat pendidikan awal untuk anak-anak anda??
Cenderung kepada pendidikan berteraskan agama dan mengutamakan nilai akhlak anak-anak?

Pendaftaran Awal Ahsani Takwim Tahfiz Centre (ATTC) kini dibuka.

Program berkonsep tadika tahfiz bagi kanak-kanak 4-6 tahun.

Silibus pembelajaran :
-Pendidikan Tahfiz al-Quran.
-Penguasaan kemahiran 3M (Membaca,Menulis,Mengira).

Tambahan :
-Penerapan nilai akhlak Islami.
-Hafazan hadith dan doa pilihan.
-Kemahiran pengurusan dan peningkatan potensi diri.

Terbuka kepada 20 kekosongan sahaja.

Lokasi : Taman Bandar Senawang.
Masa pembelajaran : 8 pagi - 12 tengahari. Transit : 12 - 6 petang.

Keistimewaan:
-Ruang pembelajaran berhawa dingin.
-Tenaga pengajar terlatih.
-Lokasi selamat dan terkawal.
-Masa depan pembelajaran yang cerah.

Syarat pendaftaran :
-Berumur 4-6 tahun (lelaki dan perempuan).
-Lulus ujian penilaian yang dijalankan.
-Ibubapa yang komited dengan perkembangan alQuran dan sahsiah baik anak-anak.

Berminat dan keterangan lanjut sila email ahsanta99@gmail.com

Al-Quran ubat..Al-Quran Syafaat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..