klik2..

Sunday, March 20, 2011

ANDA POSITIF ATAU NEGATIVE DENGAN ANAK

gambar from mr google

Aku terdengar dalam segmen Permata Hatiku kat Radio.. yang rasanya sangat wajar aku kongsi dengan korank yang rasa nak tau ler..

Ok.. apa beza.. "Aiman.. jangan main kat panas.." dengan "Aiman.. meh main kat tempat teduh.."
atau pon.. "Kenapa nih.. asik tak dengar cakap!!" dengan "Dengar cakap mama nih!!"
contoh lagi.. "Jangan bukak TV, siapkan keje sekolah" dengan "Tutup tv, buat kerja sekolah"..
contoh² itu keluar dari kepala otak orang yang tengah menaip ini ya.. banyak lagi yang lain.. buat masa ini.. berenti membaca.. fikirkan sejenak cara korang bercakap dengan anak.. ok.. dapat?? setiap contoh aku tuh memberi maksud yang sama.. cuma ayat je.. yg awal tuh negative.. yang second tuh positif..

Masa aku memula dengar kat radio tuh aku terus terpikir.. wahhh.. betapa banyak nyer yg negative aku sebut dari yang positif... okeh... apa kesannya pada anak?? senang je.. kalau korang bagi yang positif, positif ler korang dapat.. begitu juga sebaliknya.. minda anak kecik sangat sukar disogokkan dengan perkataan jangan, tak boleh.. tak mahu.. jadi elakkan..

sekarang aku paham.. kenapa kalau aku cakap "Ha lompatlah banyak²".. anak akan berenti melompat.. kalau aku cakap "Jangan lompat²".. makin banyak dia lompat.. sbb.. bila ayat aku positif, dia dapat cara positif.. dia boleh paham.. dan pikir.. akhirnya dia tau x bagus melompat... conclusionnya.. gunakan yang positif ok.. meh kita sama² belajar.. tapi contoh aku kat atas nih lebih sesuai cakap "DUDUK DIAM²".. korang paham tak??

4 comments:

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

betull..tp kdg time marah tak perasan ckp apa kan..yg positif ke yg neagtif..nak² kalau benda dia buat tu mendatangkan keburukan pada diri dia sendiri ataupun keburukan pd emosi ibu bapa (cth: hiasan pecah)

MAMA MIRZA said...

tu ler tuh.. takpe.. kita try sesamer.. :)

noradzlina.kamdani said...

kdg2 bile dh marah sgt...dh xperasan pe yg dicakap hu hu hu
tp betul la mcm rafiah ckp tu..kene marah pun dlm bentuk positif...
mgkn kene cuba MARAH DLM SENYUMAn...ait nnt ank2 ingat ibu dia men2 plak hu hu h8u

MaMa CyDa said...

betul tuh .. kekdg kalo dah marah mmg dah tak perasan apa yg kita ckp. kes aku plak, senang jek. memula ckp taknak dgr, ulang smpi 3kali. Cukup 3kali, aku terus bgn buat tak reti jek. Kompem anak aku plak yg nangis2 panggil aku. Sbbnya dia dah rasa bersalah buat aku smpi taknak layan dia. Takat nih buat cmtuh jek berhasil.... tak taulah cara nih betul ke tak betul ... sbbnya aku nak elakkan dr aku jadik terlampau marah + garang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..