klik2..

Tuesday, April 19, 2011

MAKHLUK YANG TIDAK BOLEH MEMILIH IBU DAN BAPA..

Ya.. makhluk itu.. aku.. kau.. dia.. mereka.. manakan mungkin insan kerdil memilih siapa yang akan menjadi ibu atau bapanya... ihsan AZZA WA JALLA memberikan ibu dan bapa yang kita punyai.. jadi kenapa mempersoalkannya.. selagi bergelar manusia.. banyak sekali kelemahan.. jika kau mendabik dada kerana kau bagus.. kau memang silap...

Ada insan sedih kerana ibunya seorang tukang cuci.. ada keciwa kerana ayahnya seorang kaki judi... adakah tangan.. kaki.. otak.. dan apa saja yang kita ada mempu merubahnya?? mustahill.. tidak mampu.. takkan terjadi.. terpaling kurang kau boleh menafikannya.. seperti budak bernama tanggang itu.. itu jika kau mahu.. pilihan di tanganmu.. terkadang kau perlu berfikir.. perlu mensyukuri.. jika lahirnya kau tanpa mengenal wajah ibu dan bapa.. mungkin kau lagi sedih.. mungkin kau lagi melarat.. huhu.. manusia dengan kemungkinannya itu.. takkan pernah mahu redha.. terkadang selalu memikir lebih.. dan lebih lagi..

Jika ayahmu terkadang melukai ibumu.. jika terkadang ibumu tak henti celotehnya.. (hingga mahu pecah telinga kau menadahnya..).. jika ayahmu dengan minuman kerasnya.. jika ibumu dengan dunia glamournya.. jika ayahmu ke kedai nombor-nombor itu.. jika ibumu juara segala bapak mami jarum... ingatlah.. manusia tetap dengan kemanusiaannya.. kau memang takkan mampu merubahnya..

Justeru.. terimalah.. dan berdoalah untuk yang terbaik.. semoga ibu bapa kita.. yang terbaik Allah berikan.. setiap kelemahan itu terkadang masih bisa dibaiki.. jadi bersabarlah.. manakan ada  manusia sempurna.. jika kau kasihinya.. kasihi kelebihan dan kekurangannya..
ayam pon sama cam manusia.. tokleh pilih mak apak dia.. hehe.. *pic google
p.s.. mak abah.. rindukan kalian.. syukurlah kalian yang terbaik untukku.. terima kasih..:)

2 comments:

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

harus terima segala yg telah Allah kurniakan pd kita kerana Dia lebih mengetahui..

MIRZA said...

sangat setuju.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..