klik2..

Friday, April 1, 2011

PENGORBANAN INSAN BERGELAR IBU

*pics from Google
pagi ini, aku menerima SMS dari seorang kenalan rapatku.. baru hari isnin dan selasa lalu bermesyuarat denganku.. dan.. pulang ke rumah aku menumpang kenderaannya.. hari ini.. luluh hatiku membacanya.. ..tlh buat dnc emergency 10pm tadi..

sedih aku.. memang rezeki itu milik Allah jua dan diberikan pada siapa yang diingini dan diambil pula atas kehendak-Nya...

cuma.. pada sang bapa.. sang ayah.. jika anda seorang lelaki.. anda takkan mengalaminya.. mengucapkan memang mudah.. tapi apa yang dialami oleh tubuh lemah seorang wanita apabila melaluinya.. sayangilah mereka.. anda takkan dapat membayangkannya..

memiliki anak dan membesarkannya bukanlah satu proses yang mudah.. permulaan yang sukar itu sendiri hanya dirasai oleh insan bergelar isteri.. tak kiralah kelahiran normal, dnc, c sec.. semuanya dialami oleh seorang perempuan lemah yang menggadaikan nyawa sendiri untuk satu nyawa lain..

alhamdulillah.. en hubby menemaniku untuk setiap kelahiran itu.. termasuk kali terakhir yang hampir aku meninggalkan dunia ini.. sayangilah.. fahamilah.. dan bantulah apa yang patut.. kerana isteri itu masih seorang perempuan.. :)

2 comments:

Mama Q said...

tersentuh....moga para suami lebih memahami dan mengerti...i likeeee!

FATIN HIDAYAH MUHAMAD said...

kak..dnc tu??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..