klik2..

Monday, May 9, 2011

FIRAS SAKIT MATA, HARRAZ DEMAM..

*from Google
Petang tadi.. kakak taska kol dan bagitau... Firas macam sakit mata..(aku boleh agak sbb pagi tadi mata dia mcm banyak taik mata..).. dan Harraz demam.. huhu.. sekejap je rasa.. pagi ok.. petang dah macam² plak.. tapi itulah dugaan namanya.. dalam kehidupan takkan selamanya indah.. semua pinjaman untuk kita.. hari ini mungkin sihat.. esok dah terlantar sakit.. cuma... hati dan perasaan sebagai seorang ibu.. pasti tersentap.. jadi tak keruan untuk bekerja... perasaan bercampur baur.. walau tatkala itu, kurang dari 1 jam untuk waktu pulang.. jika Allah memberikan aku sayap.. pasti dah aku gunakan.. huhu.. en hubby aku minta mengambil mereka dulu..

Dalam perjalanan, encik hubby bagitau.. dah selesai membawa mereka ke klinik.. lega hatiku.. tapi masih risau.. dan kasihan melihat baby kecik itu.. tak selesa dengan matanya... dr kata boleh berjangkit.. dan bagi ubat titik.. harraz pula ada antibiotik dan ubat demam.. begitu sebagai ibu dan bapa.. lebih sedikit cabarannya.. anak kecik tak tau mengadu.. tak pandai bercerita.. bila sakit akan merengek minta perhatian lebih... bersabarlah wahai aku.. kita diuji kerana kasih-Nya..

Balik dari johor pula semua kereta pakat² minta tukar bateri.. mula² cik GG pastu viva pula.. huhu.. bersabar lagi ya.. lebih baik kereta buat hal semasa aku di parking jumaat lepas.. jadi ramai yang membantu.. sudah kira bonus dan dipermudahkan.. terima kasih kamarul, kak rad, gee dan abang bad.. semalam pula en hubby kena saman.. entah di mana silap letak keretanya.. aku tak mengikut.. tapi tau dia marah.. marilah kita menderma untuk pendapatan negara.. hehe... bersyukurlah.. ini satu peringatan.. dan satu dugaan supaya kita jadi manusia.. yang lebih tau bersyukur... :) Alhamdulillah..

1 comment:

Citarasa Rinduan said...

salam ziarah..
selalu kalau anak2 yang sakit.
kita sebagai ibu terasa sakit jua..


salam kenal..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..