klik2..

Sunday, May 29, 2011

MALAS BERFIKIR.. DOAKAN SAHAJA..

sebenarnya seketika otak berputar ligat.. memikir cara bagi paru2 kuat.. huhu mengapakah sampai berfikir ke situ.. kerana malam tadi budak lelaki yang sudah 6 tahun itu kami terpaksa tempatkan di hospital.. seperti biasa di columbia.. huhu... paling dekat dan mudah... kasihan dia.. dan malam tadi papa yang menjaga nya.. (kasihan papa.. tak bulih tido..) begitulah kalau di hospital.. bukan dirumah yang selesa mau lelap dimana saja..

akif..
kasihan aku lihat dia menangis bila aku katakan aku mahu pulang(sekejap tadi)... adiknya sangat sukar hendak kutidurkan di situ.. maka aku bawa firas dan harraz pulang... walau sedih hatiku.. paham wahai anak.. bila kau tidak sihat pasti kau mahu mama disisimu.. sabar ya.. petang nanti mama datang.. bila usai kerja2 dirumah.. mahu berkemas baju diampaian dan kelengkapan untuk adik2 ke taska esok.. jangan sedih ya akif...

saat ini budak kecil botak itu sudah tertidor sambil sebelah tangan memegang cawan dan sebelah lagi memegang sudu... hanya berlampin pakai buang... (bukan pampers..) nyenyak tidonya.. penat menangis sewaktu mama memandu... sudah letih dan mahu tidur.. mama mengerti.. cuma sabar sedikit yang baby botak yang rambut sudah tumbuh sedikit..

pantas aku mencapai nb selepas onkan wireless... bergegas ke ampaian.. dan sekrang jari bingkas menari diatas kibot... huhu.. ambil masa.. sebentar saja.. mau kusudahkan melipai pakaian.. sudah 2 bakul.. yg tadi dan semalam punya... yalah.. semalam pegi kenduri kawin di sri menanti.. tapi x pernah begitu.. terpaksa melayan baby yang mengaruk teruk atas kereta.. akhirnya.. tak pergi pon.. aku tunggu sahaja.. sambil menenangkan budak botak.. habis yassin itu berkumandang barulah mahu senyap.. apalah yang mengganggu.. syuh.. pergi jauh2..

malam baru berangan mau pusing ke uptown seremban.. tapi lupakanlah.. bila rasa dan lihat akif masih tidak sihat.. terus laju saja kami ke klinik.. dan.. sangat panas rupanya badannya.. terus dikenakan suntikan.. dan kami ke hospital pula..

terpaksa en hubby yang menemaninya... aku mendukung firas hingga tertidur.. atas kerusi di emergency.. harraz pula tidur disebelahku.. aku himpitkan dia pada aku supaya tak tersengguk... ramai yang melihat.. dan menegur.. 'dah tidur'... aku ya kan sahaja.. sudah time tidur anak2ku itu... sungguh lenguh mendukung botak yg sudah 10kg itu..

akif.. x-ray.. dan diuji darah.. terdapat sedikit jangkitan kuman pada paru2.. bukan sebab batuk.. tapi lebih pada selesema dan kotoran degil sepanjang trakea (betul ke trakea??..agaknyalah) tapi faham kan?? pada saluran itu... ok.. doa aku moga dia cepat sihat.. mama sayang akif tau.. sama macam mama sayang harraz, firas dan papa... :) YA ALLAH permudahkanlah.. dan sembuhkanlah MUHAMMAD AKIF MIRZA.. AMIN.. :)

1 comment:

MaMa CyDa said...

Ciannya akif ... moga cepat sembuh ye sayang ...

Sabar bebyk yek effi ... ko mmg mama yang tabah. Luv u ... muahhhh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..