klik2..

Friday, June 10, 2011

TIADA RAHIM, KUSYUKURI..

Setahun sudah peristiwa itu.. aku sudah punya kekuatan untuk bercerita.. bagi aku.. itu bukan satu rahsia.. jika kau pembaca blog kecil aku ini, kau pasti tahu.. baby Firas itu sudah setahun usianya... perjalanan hidup kami memang teruji... tidak mahu berteka teki.. aku yakin mampu menulis tanpa setitis pon mutiara itu gugur.. aku pasti..

antara 3 kali aku berkongsi kehidupan bersama nyawa lain.. yang ketiga itu penuh teruji.. dengan tanggungjawab membawa aku memandu jauh saban hari untuk ke tempat kerja.. ditambah dengan dua budak lelaki yang baru berusia 3 dan 5 tahun.. aku jadi sangat letih.. sering tidak sihat.. ketika itu, hanya bantuan en hubby yang sangat membuat aku kuat.. aku harungi 37 minggu dengan penuh sabar... dan akhirnya.. tanda bakal kelahirannya lain dari abang²nya.. dan saat mahu melahirkan juga aku dibantu ubat.. yang aku rasakan lebih sakit berbanding kelahiran normal dan sakit yang natural..

keluarga adalah segalanya.. dan suami adalah peneman aku.. (ku doakan hingga ke syurga..) saat getirnya.. saat sakitnya kurasakan.. sehinggalah akhirnya bayi comel seberat 3.25 itu kulahirkan.. sempat kutatap dia... walau saat itu proses bersalin itu masih belum selesai.. dalam rasa syukur itu, rupanya masih ada ujian maha besar untuk aku... Yang Maha Mengetahui mengaturnya untuk aku... saat pendarahan tidak henti selepas baby keluar secara normal, aku sudah merasakan kelainan.. dan usaha doktor untuk menghentikan pendarahan (seperti air keluar di pili).. membuatkan aku sakit.. dan sangat sakit.. akhirnya doktor mengalah...

suami peneman aku waktu itu sendiri sudah tidak mampu menahan rasa melihat terlalu banyak darah.. dan akhirnya.. aku dikejarkan ke bilik pembedahan.. waktu itu, aku hampir hilang kesedaran dan kewarasan.. ditambah sakit belakang yang sangat dahsyat dan hilang darah yang sangat banyak.. kata suamiku peluangku 40-60 sahaja.. antara hidup dan mati, suami memberi keizinan untuk doktor melakukan apa saja..

selepas 31 tahun aku memilikinya.. akhirnya doktor terpaksa menjalankan hysterectomy atau pembuangan rahim untuk menyelamatkan nyawaku.. aku bersyukur.. telah dipinjamkan untukku sekian lama... telah diberikan aku 3 zuriat yang aman didalamnya untuk 9 bulan.. aku bersyukur.. jadi aku memang tiada rahim lagi.. pembedahan itu seperti pembedahan cesarean biasa.. cuma aku tidak akan mampu untuk punya anak lagi.. (bukan aku tidak terima hakikat, cuma aku percaya.. Allah boleh berikan apa sahaja yang dimahukan-Nya.. bukan begitu??).. aku juga mampu puasa sebulan penuh.. bukan masalah lagi.. jika perempuan lain mengganti puasa, aku tidak perlu.. dan perancangan keluarga lebih mudah.. yang buat aku sangat gembira.. aku mahu ke Mekah.. untuk urusan haji pasti sangat mudah untukku.. (doakan ya.. secepatnya aku dapat ke sana..)..

saat sedar itu, suamiku menangis.. siapa yang tidak bersedih jika hampir kehilangan orang tersayang.. dia juga risaukan aku.. takut jika aku tidak boleh menerima hakikat.. atau ingatanku hilang.. namun aku bersyukur.. kukuh dan kuat ingatanku pada-Nya membuatkan aku tenang.. dan aku terima seadanya.. aku redha.. ICU adalah tempatku untuk beberapa hati.. langsung tidak dapat menjenguk bayi.. teruji naluri.. aku tempuhi dengan tabah.. ramai yang menjenguk waktu itu.. sama memberikan aku kekuatan.. terima kasih ya semua..
*comel kan dia??
dulu aku menangis juga bila teringat.. bila terpikir diri tidak sempurna.. (adakah insan yang sempurna?) tapi aku semakin matang... apalah sangat ujian terhadapku berbanding insan lain.. ada yang tiada anak langsung.. ada yang tiada organ lain.. aku pula, tidak perlu terapi hormon.. aku masih normal.. bahkan aku rasa aku lain.. aku lebih muda.. :)

selepas itu, kehidupan memang berubah.. cuma kasih sayang yang semakin bertambah.. (itu aku pasti.. Alhamdulillah..) cabaran masih ada.. terkadang masih ada pendarahan.. yang buatkan kami gusar.. hingga aku tercari².. sesuatu untuk buatkan aku lebih sihat.. selepas setahun, dengan keadaan yang agak tidak mengizinkan.. selalu migrain.. selalu demam.. aku mencari.. biarlah jika terpaksa mengeluarkan banyak.. duit memang tidak boleh membeli kesihatan.. tapi kesihatan boleh dijaga menggunakan apa yang boleh dibeli dengan duit.. untuk itu, memang perlu pengorbanan.. dan Alhamdulillah kami telah menemuinya...

waaahhh.. aku berjaya.. menulis tanpa aku merasa sedih.. memang aku lebih matang.. lebih tabah.. jangan tanya aku bila nak menambah anak lagi.. kerana kuasa Allah itu tak terjangkau dek pemikiranku.. itulah ceritaku.. jika dulu tertanya² apa maksud n3 aku ini dan ini.. terjawab sudah semuanya... pantas saja masa berlalu.. dan aku semakin mensyukurinya... Thank You Allah.. :)

16 comments:

Anonymous said...

menangis aku membacanya fi! semoga bertabah selalu..

asma HazeLnut said...

Alhamdulillah..tiap yang berlaku, ade hikmah =') still,sedih bile mengenangkan kisah setahun lepas..

juelee said...

subhanallah.. tabah ye kak.. setiap yg terjadik pasti ada hikmahnye.. akak adalah insan terpilih oleh allah untuk ujian sebegini, mesti akak kuat....

sy doakan yg terbaik tok akak

umi said...

efi kuatkan semangat setiap apa yang berlaku ade hikmahnya...

MaMa CyDa said...

walaupun aku dah tau citer pasal ko tp .... sedihnya effi ... ko tulis bleh tabah tak nangis. aku yg baca nih dah bergenang air mata. sabarlah effi ... setiap yg berlaku tuh ader hikmahnya kan ... aku tau ko seorang wanita dan mama yg tabah. syukur juga DIA kurniakan permata lelaki yg akan menjaga mama dorang hingga ke akhir hayat .... Insya-ALLAH ...

~nadyahoney~ said...

tahniah kerana tabah menerima qada' dan qadar. walau aper pun, tuhan dah tentukan jalan yg terbaik tuk akak. doakan sy juga akan menerima zuriat secomel permata hati akak.:-)

fazilah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

effi x nangis tp rina yg baca lak tersebak-sebak..baguslah effi dpt hadapi ujian ni dgn sabar..pasti ada hikmahnya utk effi..:)

noradzlina.kamdani said...

ko seorang mam yg tabah..semoga ketabahan ko dilimpahi rahmat dr allah hendaknye..dan cepat dpt menunaikan haji. amin.

Suria Mohammad said...

sedih bace :'( smoga yg tjadi ada hikmah dsebalik nya dan tbaik utk puan :')

naiey said...

menitis air mata membacanya..namun Allah hanya menduga pada orang yang mampu menerimanya...semoga sentiasa berbahgia di samping yang tersayang....

DhiyauLsuhaeyLa said...

sgt sedih baca...terkesan kt jiwa...

Mama Mirza said...

malam ini, saya baca lagi entry ini bila DhiyauLsuhaeyLa comment pada post saya yang ini.. terima kasih kawan2.. jangan bersedih.. kerana saya kuat!! huhu..:)

shafa rina said...

Huhu

Anonymous said...

salam perkenalan..
Sebak saya baca kisah ini. Teringat kembali peristiwa 10 bulan yg lepas. Kisah kita sama..Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kelahiran anak saya merupakan pengalaman pertama dan terakhir bagi saya. Saya tetap bersyukur kerana Allah beri peluang untuk saya merasai pengalaman mengandung dan bersalin walaupun sekali. Semoga kita sama-sama di beri kekuatan untuk menempuh dugaan ini.[air mata tidak henti menitik di saat saya menaip komen ini.]

Mama Mirza said...

Salam perkenalan juga.. Alhamdulillah.. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.. sabar ya dik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..