klik2..

Friday, October 7, 2011

CHEESE BROWNIES


MARBLE CHEESE BROWNIES
sumber: Rinnchan
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP dan SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.(saya terus masukkan dalam piping bag.. dalam 2 sudu besar)
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Ok.. yang dalam gambar atas tuh saya buat masa nak gi umah kak jes.. pastu saya buat lagi kali kedua untuk open house ICT library... pastu skang saya dok teringat².. memang sangat sedap dan saya suka.. :)

Kalau nak buat lorekkan macam saya buat tuh, memula buat garisan melintang sama saiz samapi siap.. pastu amik sudu/garfu.. saya guna pemegangnya dan tarik dari sudut bertentangan dengan tadi.. memula tarik dari atas ke bawah.. pastu bwah ke atas.. jadi.. hehehe.. <-- leh paham ker??

7 comments:

ibuhebat said...

feveret aku ni... aku order dgn ko je boleh ke? hihhi

MaMa CyDa said...

wahhh .. sedapnya ... buat satu lagiklah pehtu hantar kat cosmo bleh? Ehehehe rindulah sama kek yg ko buat ^_^

asma HazeLnut said...

ish ish ishhh...sabar jelah tgk brownies tuh..ish ishh...kalau nak masukkan choc chip atau kekacang pun boleh kan??is ishhh..bestnye..telan air liur~~

nanti nak belajar buat tart dari akak [nanti nak buat sendiri tuk ehem..haha] boleh?

kak, nak resipi laksa johor.nur nak buat minggu depan ni..nak masak dgn kawan2..emel boleh?hehe

Mama Mirza said...

aini.. bleh².. takde masalah.. hehe..
dot.. ntah biler nak ke cosmo.. rindu korang gak..
nur.. tak sempat arinih.. nanti ya..

asma HazeLnut said...

ok..takpe..nur bukan nak buat minggu ni..nak buat sabtu depan..tengkiu sis!! =)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

serius aku x paham! ko tahulah aku nyer skill buat kuih nih tahap mana kan..

aku mmg tgh berangan (berangan je) nk buat cheese brownies nih tp x reti..buatlah gambar step by step punya..plzzz!

Mama Mirza said...

nur.. seperti yg telah dismskan.. selamat berjaya membuat laksa johor ya..

rina.. bleh²... amik masa sikit ye.. mmg nak wat minggu nih.. nanti aku snap pic sekalik.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..