klik2..

Thursday, December 1, 2011

CARA MEMBUAT KETUPAT PALAS

Saya bukan orang belah utara.. bukan juga pantai timur... tapi saya sangat suka makan ini... ketupat palas... maklumlah saya orang johor.. kalau setakat buat ketupat biasa yang dianyam guna daun kelapa tuh, pejam mata pon saya boleh buat.. (betul tau.. tak tipu..).. sebabnya dulu arwah nenek saya memang ajar bersungguh.. sampai melekat sungguh dalam kepala hotak saya.. sebelum nih saya dah pernah buat lemang sendiri kat umah mak mertua saya.. (baru sekali.. Alhamdulillah menjadi.. pernah cerita dah sebelum nih..) bila ada kesempatan belajar dengan hajah zu kat opis, saya sangat gembira... suka sangat...

step pertama... kalau nak masak untuk beras pulut 2kg, gunakan santan 1.5kg.. (dah kompius pulak... harap-harap betul... ).. sedikit garam dan kalau suka bulih letak jagung sekali.. sedap gak... suka.. suka... lagi satu.. daun pandan... baru wangi..

step kedua.. masakkan santan, daun pandan sehingga sedikit pekat.. kemudian masukkan pulut dan bahan-bahan lain tadi... masakkan seketika sahaja.. maknanya pulut itu still 'mantah'.. camna nak cakap ek... kire separuh masak kot..

step ketiga... memula daun palas tuh kita dah buat dulu bentuk ketupat tuh.. pastuh bukak balik baru masukkan pulut dan ikat dengan sesungguhnya..

step keempat... dalam periuk nak merebus, susun sedikit daun palas reject kat bahagian bawah, susun ketupat yang telah dihasilkan, masukkan air hingga tenggelam semuanya.. rebus hingga air kering.. ketupat akan kelihatan sedikit berminyak... baru pas.. hehehe..

lain tempat lain caranya.. saya nak test buat sendiri.. tapi kat mana ler pulak nak carik daun palas.. hmmm... kalau ada yang tersilap leh ler kangkawan komen... nanti saya tepek gambar nak menganyam ketupat palas tuh pulak.. :)

* ketupat nih pon ada jantan betinanya... yang betina tuh lipat tak betul.. air bleh masuk... nih kata tok guru hajah zu.. hehehe..

3 comments:

Cik Ila said...

Cik Ila pandai makan je ketupat ni tiap2 thn...sbb biasa kami org pantai timur mmg kenal ketupat ni je..Tp mcm mak cik ila ckp,dia takde ramuan khas..kiranya depends pd si pembuat jgk nak letak acuan cmne..huhu

Kakzakie said...

Kakak kalau ketupat anyam biasa no hal.. pejam mata bagai dikata boleh. Tapi ketupat palas makan je boleh hihi... tak pernah buat pun.

Cikgu Nana said...

hehe..saya pon dah suka gak yang berpulut2 nie semenjak suami memang sukeeee sgt makanan berasaskan pulut...

yang lelain semua saya tak tau buat, emak wat lepat.

saya tau wat pulut kuning kukus jek hikhikhik....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..