klik2..

Saturday, February 11, 2012

CARA MEMBUAT FOAM CAP

Salam,

baiklah... sudah lama gambar ini terpendam.. sekarang baru saya mengoreknya semula.. kerena saya teringat pada janji mahu membuatnya.. ok.. caranya juga tidak terlalu detail.. ini langkahnya..

Foam ini boleh dibeli di Jusco atau pasaraya besar yang lain. Dijual dalam gulungan lebih kecil dari manila kad. Harganya sewaktu saya membelinya adalah rm 5.90. Banyak juga cap yang boleh dihasilkan. Bergantung kepada berapa saiz cap yang hendak dibuat.
Kemudian, ambil topi dan buat ukuran pada bahagian visornya sahaja. Topi orang dewasa sudah memadai kerana foam ini sedikit akan mengikut bentuk kepala, jadi biarlah lebih besar dari kepala budak.. Potong seperti di bawah.
Untuk bahagian tepinya, saya gunakan eyelet plier. Saya buat lubang dahulu, kemudian klipkan eyelet.
Ini hasilnya. Kemudian, gunakan getah seluar saiz paling kecil dan potong mengikut kesesuaian kepala budak. Jangan terlalu ketat kerana foam mudah koyak.
Dan ini hasilnya dipakai oleh budak.. cuma ia tidak berapa tahan lasak kalau orang yang menggunakannya lasak.. cuma, ia lebih baik daripada manila kad.. dalam acara sukan sekolah sangat sesuai dibuat untuk budak².. nampak kemas..
Atasnya boleh dihiaskan sesuka hati.. selamat mencuba.. :)

3 comments:

lurun namzar said...

jom join GA nie http://bibie-says.blogspot.com/2012/02/tagme-giveaway.html

Kakzakie said...

Cantiklah...:) Rajin mama buat.

Cikgu Nana said...

waaah, boleh tempah nie utk sukan taun nie...

ma, dah wat tuto cekelat. check ar....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..