klik2..

Sunday, February 12, 2012

CARA MEMBUAT POM POM

Salam,

cara saya membuat pom-pom ini mudah sahaja.. mengikut apa yang dibuat emak dedulu.. mula-mula, saya cari kerusi yang mempunyai jarak kaki bersesuaian dengan panjang pom-pom yang hendak saya bentuk. Saya gunakan tali rafia yang biasa sahaja.
Saya baringkan kerusi, dan mula menggulung tali.
Gulung sehingga dirasakan sesuai untuk ketebalan pom pom yang hendak dibentuk. Pastikan tinggalkan baki tali dalam semeter.
Ikatkan pada satu hujung seperti di bawah.
Hanya pada satu hujung sahaja manakala satu hujung lagi dibiarkan.
Keluarkan dari kerusi. Ini bentuk yang terhasil.
Buka tali selebihnya dan gunakan kelebarannya untuk mengemaskan bahagian pemeganga. Gulungkan berkali-kali hingga kemas.
Inilah hasilnya untuk dijadikan tempat pemegang. Hujungnya perlu diikat kuat untuk mengelakkannya terbuka.
Hujung satu lagi digunting.
Inilah hasilnya.
Step terakhir dengan mencarikkan menggunakan garfu atau apa-apa yang tajam supaya ia akan menjadi halus. Pisau untuk membuang sisik ikan juga sesuai digunakan. Lebih halus pom pom, lebih menarik rupanya.
Selamat mencuba.. :)

5 comments:

kakchik@ella said...

kehkehkeh .. teringat zmn sekolah jadi pom pom girls gedik2 lompat tengah padang.

senyum sorang2 la baca entry ni.

oshin-jamel said...

memang tgh mencr tutorial camne nk wat pom2..maceh yer..hehe... :)

oshin-jamel said...

memang tgh mencr tutorial camne nk wat pom2..maceh yer..hehe... :)

Muhammad Alief said...

thanks, sangat membantu ...

Anonymous said...

tq kasi tau cara bt pom pom:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..