klik2..

Saturday, October 13, 2012

RESEPI TAKO

Salam rakan,
Alhamdulillah.. sejak sekian lama, baru sekarang mood memasak saya benar-benar ada.. seingat saya, selepas bergelumang dengan kek buah masa raya haritu, mood memasak tak pernah jadi seperti sekarang.. dan hari ini, entah mengapa, berkobar semangat memasak nasi lemak kukus dan sambal udang (lebih seperti asam pedas sebab banyak kuahnya, dek kerana anak-anak suka nak berkuah dan cilinya pon dikurangkan supaya tidak terlalu pedas..) aksesori lain memang tak ada.. anak2 bukan makan jika digorengkan kacang tanah atau ikan bilis.. cuma telur dadar yang sangat digemari saya gorengkan sekali untuk mereka..

Khamis malam Jumaat sehingga jam 11 saya membuat kelongsong untuk tako.. sangat teringin nak memakannya.. saya usahakan juga bangun awal pagi.. mengacau adunan untuk lapisan tako.. mudah sahaja rupanya.. saya bawa ke opis untuk dengar komen kawan2.. sedap kata mereka.. cuma terlebih manis sedikit kalau mengikut tekak saya.. jadi saya tak menikmatinya sungguh2.. jadi hari ini, saya gunakan lebihan daun pandan dan mengadunnya lagi..

Resepinya mudah.. mengacau nya juga tidak rumit.. cuma tidak boleh buat kelakar tinggalkan adunan tu di atas api.. perlu sentiasa dikacau.. ok.. bebel2 panjang.. mari kita lihat resepinya..

Resepi Kuih Tako

sumber asal : Chef Norasikin Basri

Bahan-bahan:
Lapisan Atas:

30 gm tepung jagung/tepung hoen kew hijau
1 st pes pandan
250 ml air
100 gm gula pasir (saya kurangkan jadi 80gm)
1 biji sengkuang cina (saya tak letak sbb x jumpa yang elok.. :) )

Lapisan Bawah:
15 gm tepung beras
250 ml santan
secubit garam

Cara membuatnya:
1. Bentukkan kelongsong menggunakan daun pandan. (Rujuk cara-cara di blog chef - klik sini)
    Sehelai daun pandan jika besar dan panjang boleh dapat 2 kelongsong.. dan untuk resepi ini, perlu
   10 hingga 15 kelongsong sahaja.
2. Masukkan semua bahan lapisan atas kecuali sengkuang ke dalam periuk. Kacau rata. Nyalakan api
   dan sentiasa mengacau. Kecilkan api bila adunan semakin pekat. Tuang ke dalam kelongsong yang
   telah diletakkan sengkuang yang telah dipotong kecil2. (saya letak 1/2 sahaja daripada ketinggian
   kelongsong)
3. Lakukan yang sama untuk lapisan atas.
4. Biarkan sejuk dan nikmati.

Banyak yang menarik dalam blog chef nih.. dan harini saya masih terus menjelajahinya.. ok kawan2.. selamat mencuba..

salam..

2 comments:

Qienah said...

sedapnyer..:)

aSma anak Pak Wahab said...

Macam tepung pelita la .. Cantik akak amik gamba, ade seni... =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..