klik2..

Thursday, December 5, 2013

ITULAH WANITA

* saya memang pernah share kata² ini, tapi saya kongsikan lagi di blog.. supaya lebih ramai baca.. kerana sesungguhnya, masih ramai yang tidak memahami bahkan tidak tahu siapa wanita di sisinya.. :( Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. itulah yang bergelar perempuan... Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang mampu menggoncang dunia dan mungkin pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda

Friday, November 22, 2013

Wednesday, November 20, 2013

X-MAYA 5

Haruslah kali nih entry tidak sungguh berkaitan dengan tajuk.. kenapa pula nak cerita pasal x maya kan?? cuma those things berlegar dalam kepala otak untuk beberapa hari.. ok.. sampai next week.. till all over for us.. haruslah merasakan diri terlalu banyak kekurangan dan terlalu banyak benda yang perlu dipelajari.. dalam kehidupan memang begitu bukan.. jika tidak pasti saya tidak menghabiskan masa belajar buat bunga fondant.. suatu hari bila rasa sangat berminat untuk membuat sendiri..belajar..

baiklah.. kali ini juga rasa banyak benda nak kena buat sendiri.. jadi perlu lengkapkan diri dengan ilmu.. takkan mampu banyak.. asalkan belajar supaya tahu.. kengkangan masa.. kesihatan.. banyak memberi pengaruh.. jika bukan diri sendiri rasa tidak sihat, anak pula.. dan akhir² ini insan tersayang.. beberapa orang insan tersayang ok.. risau memang tidak boleh dihilangkan daripada kepala.. cuma perlu diserahkan.. dihimpunkan segala kepada Yang Satu.. semoga dipermudahkan.. disembuhkan.. dan dikuatkan diri menghadapi.. tidak bermuram durja.. hidup perlu diteruskan.. kegembiraan perlu dicari.. bawa diri dengan kesedihan atau fokus menjalaninya dan rasai kegembiraan.. ada masa perlu ketawa, senyum.. bukan hipokrit.. datang dari dalam diri.. en terhebat, anak² dan kawan² banyak membantu.. thanks you all.. sebab itu saya kuat.. cuma kadang² tak berapa fokus... rilek.. bertenang.. tarik nafas..

fokus terarah juga pada majlis yang akan berlangsung awal december.. banyak yang perlu disiapkan.. hantaran untuk adik yang tersayang.. kemudian fokus pula kek yang hendak dibawa pulang.. selain itu hujung minggu ini test untuk as sofa dan kemudian graduation harraz di picc.. hmm.. bila nak berkemas untuk balik kampung... waaaaa... cam tak cukup masa.. kena jadi super nih.. hihi.. baiklah.. jangan mengarut.. kena berhenti sbb ada kerja nak dibuat.. sekian..

maaf sbb x banyak isi penting.. cuma isi hati.. :)

Friday, November 15, 2013

DILEMA PENDIDIKAN ANAK

Salam,

Hari ini saya ingin berkongsi dan kalau boleh dengar pendapat ibu bapa lain... saya dikurniai dengan 3 orang budak hensem sebagai penyeri hidup saya..

Saya hantar abang ke tadika swasta semasa abang berusia 5 tahun lagi.. ke Tadika Bintang Harapan.. selepas itu ke Tadika Muttaqin Pintar.. bukan sebab Bintang Harapan tak bagus.. tapi sebab saya nak anak saya belajar agama.. Alhamdulillah di Muttaqin Pintar abang dapat banyak basic agama.. yang mana saya tak mampu ajar di rumah.. (byk mana je saya mengajar??) Semasa abang 7 tahun, saya hantar abang ke SKS2B dan Harraz ke Muttaqin Pintar.. thank you pada cikgu di Bintang Harapan dan Muttaqin Pintar.. ajar anak saya dengan baik..

Kemudian, hujung tahun lepas saya ambil keputusan hantar mereka bertiga ke Brainy Bunch.. abang akan ke sana selepas sekolah manakala Harraz dalam kelas tadika 6 tahun manakala Firas dalam Play House 3 tahun.. Alhamdulillah... anak² saya terdidik dengan baik.. hafaz semua surah² pendek.. semua bacaan dalam solat... hingga sekarang ini, saya hanya perlu minta Harraz atau abang untuk bacakan surah.. contohnya, "Harraz, Baca surah al-Zalzalah.." maka lancar sahaja Harraz membacanya.. begitu juga dengan doa² harian... Brainy Bunch kotakan janji mereka pada saya.. memang mereka boleh melakukannya.. thank you aunty² di Brainy Bunch..

Saya mahu anak saya belajar agama lebih lagi.. mereka memang tahu solat.. tapi saya tak mahu solat itu kerana saya... kerana aunty².. kerana disuruh.. solat itu KERANA ALLAH TAALA.. tiada kompromi.. saya mahu mereka faham dan tahu apa yang saya tahu.. saya mahu lengkapkan dada mereka dengan bait² indah dari Yang Maha Agung...

Saya mahu hantar mereka ke sekolah agama.. swasta.. abang dan Harraz.. bukan SKS2B tak bagus.. memang sekolah itu sangat bagus.. guru² bagus.. aktiviti yang dijalankan bagus.. dan abang belajar banyak di situ.. akademik memang tiada masalah.. cuma focus saya lain.. saya mahu mereka belajar apa yang saya tidak belajar dahulu.. supaya mereka akan kenal Dia.. dunia era facebook ini, saya fikir tidak dapat menyelamatkan mereka daripada hanyut jika tidak saya bertindak sekarang..

Cuma.. adakan benar jika telah ke sekolah swasta, tiada peluang untuk ke sekolah kerajaan semula?? atau adakah akan jadi sukar?? masa depan mereka memang hanya Dia yang maha tahu.. tapi saya mahu yang terbaik untuk mereka.. jika seorang doctor, biarlah doctor yang sentiasa mengingati Allah, doctor dengan akhlak Islam.. seorang hafiz..

to be continued..

Salam penutup bicara.

Tuesday, November 12, 2013

HARI KELUARGA UPTM 2013

Salam all,

perghh.. lama giler tak update.. bila kerajinan saya nak kembali.. sungguh tidak istiqamah dalam bab ini..
Ini gambar kami masa baru sampai.. kira wangi lagi ler.. background belakang memang tidak menunjukkan tempat yang kami pergi.. bila dapat jer port yang saya boleh kumpulkan budak bertiga dan dapat memberikan kerjasama.. maka minta en terhebat saya amik gambar.. Kami sebenarnya ke A'Famosa Resort.. kali kedua kami sekeluarga ke sini.. upss.. kali ketiga.. pertama kali masa gathering untuk MRSM.. lepas tuh masa jalan² satu family.. dan ini yang ketiga bersama keluarga baru saya.. UPTM.. tempat saya bertugas kini..
Membuktikan saya melibatkan diri.. hihi.. lari dalam guni.. okeh.. dapat no 2 tau dalam acara nih.. dan kami dapat no 2 keseluruhan.. cayalah rumah merah.. tapi part yang paling penting.. suma orang happy.. letih tuh biasalah.. superman dan ironman pon tau letih.. tapi supermama lebih dari tuh.. superpapa pon sama.. bawak beg besar dan layan anak²..
Lepas main² mandi.. lepas tuh makan.. lepas tuh sambung mandi lagi.. syiok giler hero bertiga saya nih.. ngan ayah dia skali 4 ler.. cuma mama dia x dapat mandi.. takpe.. next time wokeh..
haruslah main ombak... cuma tak pegi slide yang tinggi tuh.. nih pon xnak balik.. siap merajuk biler mama dia suh naik.. sekian cerita sabtu lepas..

** teringat Family di KMNS.. miss u all... still..

Wasalam..

Tuesday, October 29, 2013

HILLPARK @S2 HEIGHT

Salam.. baiklah.. ini gambar kami di HillPark.. bagi yang mengikuti fb saya mesti pernah lihat gambar kami..
 
Bermula dengan.. bagaimana hendak ke sini..
- Dari Seremban, menghala ke Seremban2.. kemudian menghala ke Sendayan.. akan lalu satu terowong.. keluar dari terowong terus bersedia untuk belok ke kiri.. dari situ boleh nampak bukit yang tulis S2HEIGHT.. jalan jelah ke arah tuh.. Nampak Saujana Duta di atas bukit.. bukit tu ler HillPark nama dia..
 
Pakaian yang sesuai..
- Saya cadangkan anda mengenakan pakaian untuk bersukan.. terutama kasut.. jangan ler pakai hill plak nak gi hillpark nih.. ada yang balik sakit kaki kang.. takpon balik berkaki ayam jer.. hehe..
 
Komen saya mengenai tempat ini..
- persekitaran menarik.. pemandangan mmg best..
- orang lom ramai lagi.. kalau pegi CityPark kat Seremban2 nih orang lagi ramai..
- ada dua jalan naik ke atas.. main road tuh dengan kecerunan 10 darjah tapi memang tinggi ler nak naik ke atas.. berpeluh gak ler.. jalan nih lengkap dengan jalan raya bertar.. kereta boleh naik sampai atas.. tapi kalau kawan baik dengan pok gad tuh ler.. kalau tak.. jangan harap.. sila exercise wokeh.. jalan nih berhadapan dengan sekolah cina.. tempat parking ada kat situ..
- lagi satu jalan lak kena pusing sikit daripada jalan tadi tuh.. kecerunan dalam 45 darjah kot.. memang hanya untuk pejalan kaki.. kirenya mendaki bukit yg mencabar sikit ler.. tapi kurang penat.. bagi saya ler.. dan cepat jer sampai atas..
 
Apa ada kat atas tuh..
- baiklah.. seperti yang anda nampak dalam gambar.. ada dinosaur beberapa ekor.. kemudian ada buaian dan tempat permainan kanak².. ada toilet tapi kami x pernah masuk ler.. tempat main bebudak tuh ala-ala ninja warrior.. apa lagi.. gemar ler bebudak nih nak memanjat..
- sampai kat atas tuh boleh naik top lagi.. kalau cukup napas lagi ler.. tapi kat atas tuh takde pape.. tempat duduk untuk tgk pemandangan jer.. memang best time sunset or sunrise..
- dari atas tuh boleh nampak seremban2.. rumah kami.. jusco.. maidin.. best ler.. udara nyaman..
 
Sila bawa..
- air minuman okeh.. takde gerai atau kedai makan atau mesin air kek situ.. maka bawaklah sendiri.. kalau nak bawak nasik lemak atau makanan lain, terpulang.. hihi..  
ada juga lagi gambar nak tepek.. tapi lain kalilah.. 'M'.. sekian..

Monday, October 7, 2013

ALHAMDULILLAH... SATU HARI LAGI

Salam rakan-rakan... cuma mahu bagi satu tips mudah... Bila setkan alarm pada tepon untuk bangun pagi, letakkan 'Alhamdulillah' sebagai Name untuk alarm tersebut.. nampak bukan apa-apa kan.. tapi impaknya besar.. dulu² saya letakkan nama 'Bangun gi keje'... masa ramadhan saya letak 'bangun.. sahur'.. tapi bila saya letakkan 'Alhamdulillah', saya rasakan satu impak yang berbeza.. Bangun pagi bila alarm berbunyi (sekarang selalu dah terjaga lebih awal daripada alarm).. saya akan terpandang 'Alhamdulillah' itu.. dan secara automatik, saya akan teringat pada DIA yang memgizinkan saya untuk bernyawa dalam satu hari lagi yang perlu saya lunasi sebagai perjalanan yang telah disuratkan-Nya.. Maka saya akan rasa bersemangat... dan rasa sangat bersyukur... semasa saya letakkan 'Bangun gi keje'.. saya terus teringatkan opis... terpikirkan keje.. kengkadang bulih pulak terasa malas biler kat opis ada keje yang mentensenkan... terutama bila saya berulang alik jauh dulu... terus tergambar perjalanan jauh yang perlu saya tempuhi.. dan terkadang mengeluh pula... Masya Allah.. Alhamdulillah.. Dia yang menggerakkan saya untuk perbuatan dan perasaan ini... rasa terpanggil untuk berkongsi dengan rakan yang lain.. terkadang benda yang kita rasakan simple itu boleh memberikan impak yang besar.. Alhamdulillah.. terlalu banyak nikmat dari Nya yang terkadang lupa untuk saya syukuri.. Salam penutup bicara..

Friday, October 4, 2013

PAPER QUILLING 3 - FLOWER

Salam... baiklah.. sudah lama tak menulis.. dan sudah lama tak buat paper quilling... really miss it.. ok.. waktu rehat yang panjang.. since dah beberapa kali hangkut shredder dengan paper maka, saya pon meng'quilling'.. dan hanya bunga yang simple.. paper lak bulih 2 kaler jer yg bawak.. keciwa betul.. :(
Senang sangat nak buat... buatkan ring dulu... saya gunakan batang quilling tools jer.. then tekan sikit pada satu bahagian supaya berbentuk kelopak bunga..
Isi bahagian tengah saya gunakan technique yang sama dengan bunga sebelum ini... very simple... potong 3 1 strip tuh.. lepas tuh ambil satu, lipat dua.. masukkan slotting tools pada bahagian tengah dan gulung.. kemudian sumbatkan pada ring tadi.. ok jadi macam kat atas tuh.. buat untuk 5 bagi melengkapkan satu kuntum bunga..
Baiklah.. itu sahaja.. very simple untuk buat come back bagi quilling punya segment.. < -- macam ye jekan.. pastu bertahun tak sambung quilling.. hehe.. tu ler.. dah namanya aku bilerrajin.. bila 'M' besar maka bersawang ler blog ini.. :)

Sekian, terima kasih.. (cam nulis email rasmi plak...)

Friday, September 27, 2013

ROTI JALA

Salam..

sorry.. ini entry tertunda.. entah zaman bila.. :)

Baiklah.. jika anda pren saya di pesbuk mesti ada lihat saya letak gambar roti jala ini..



Resepi roti jala ini mudah saja.. dan saya sesuaikan ikut dapur saya..  baiklah.. berikut untuk satu adunan.. (saya mesti buat dua sbb satu tak cukup)

Roti jala
Bahan-bahan
1 cwn tepung gandum
1 biji telur
150 ml air
150 ml susu cair (susu segar/santan)
3 sudu makan minyak jagung (mentega cair)
Secubit garam
Pewarna kuning (serbuk kunyit)

Cara membuatnya
Campur semua bhn kecuali tepung dlm blender.. blend sekejap..
Masukkan tepung dan blend lagi..
Tapis dan gunakan acuan yang disukai..
Jalakan mengikut suka atas non stick pan yang telah disapukan sedikit minyak.. gunakan api kecil..

Kari ayam simple
Bahan-bahan
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Rempah tumis
Rempah kari
Kicap pekat - sedikit sahaja
Ayam
Kentang
Asam keping
Garam dan gula

Cara membuatnya
Tumis rempah tumis, masuk bawang, rempah kari hingga naik bau..
Masukkan kicap dan air diikuti ayam, asam keping dan kentang..
Perasakan dgn garam dan sedikit gula..
Kecilkan api.. sehingga sedikit pekat..
Saya tak gunakan santan utk kari nih..

Baiklah.. bolehlah dihidangkan.. tq..

Tuesday, September 10, 2013

CINTA AKU


"Ya Allah, berikanlah cintaMu kepada ku dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMU dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu. “

Cinta anugerah indah Rabb kepada hamba.. fitrah diri suka dicintai.. dan menyintai yang lain sebagai pelengkap.. cinta pasangan membawa satu hidup penuh impian dan harapan.. ke mana arahnya, kiri atau kanan hanya dihari pengadilan akan diketahui jawaban.. hari ini jika rasakan hidup penuh sempurna dengan kecintaan pada pasangan mungkin dek kerana diri terhijab dengan kelemahan.. melihat hanya semua kecantikan.. atau jika rasakan hidup terhimpit derita dek cinta yg hanya mainan.. belum tentu kearah kiri atau kebinasaan.. dunia penuh tipu daya.. kerana selalu yang dilihat bukan dengan mata hati. .

Cinta dunia lebih2 lagi ujian buat hamba.. kerana selalu nampak seperti bukan apa2.. mahu makan itu keperluan.. mahu kenderaan itu keperluan. . Betulkah begitu? Dunia banyak sudah terpahat dihati.. semuanya dilihat keperluan. . Tak boleh hidup dengan rumah sempit.. atau kereta hanya sebuah tidak cukup. Banyaklah belajar.. hatta pabila sudah memegang sesuatu, menunggu duit bertukar tangan masih  sempat lg menolak jika tersedar dek bukan keperluan. Hanya kehendak..

Tapi jgn berkompromi bab mengeluarkan wang dan sifat cinta kerana Allah. . Sudah mahu memasukkan duit ke tabung derma.. ah... tidak mahu. Kehendak..sedangkan.. itu dilakukan kerana berkehendak redho Ilahi.. mengejar cintanya.. atau bila mahu menutup aurat sempurna.. terasa tidak perlu kerana itu dan ini.. tidak mahu terlihat baik.. tidak mahu orang berfikir itu dan ini.. sedangkan apa yang sebenarnya perlu difikir-fikir dan ditimbang adalah dari Yang Satu..

Ya Rab, semoga cinta Mu dan redho Mu mengiringi perjalanan ku. Amin.

Friday, September 6, 2013

AKU BUKAN BIDADARI

Memang aku bukan kerna aku masih disini.. kau masih bisa melihat aku.. di alam fana ini..

Justeru aku memang bukan.. dan aku terhiasi dari banyaknya yang tidak sempurna.. tutur kataku terkadang membelah jiwa.. dalamnya terkandung nista.. terkandung harapan yang tidak terlunasi.. dalamnya diiringi riak takabur meninggi diri.. dalamnya cerita bukan aku dan engkau.. ada dia yang terlarang dari bicaraku.. tutur ku banyak yang perlu kujagai.. supaya yang menutur.. dan yang mendengar tidak terseret sama.. maafkan aku... maafkan aku.. maafkan aku...

Justeru aku memang bukan kerna amal perbuatan dan tingkahku cacat lakunya dimata kalian.. terikut bisik yang suka menyesatkan.. maafkan aku.. untuk kesekian kalinya..

Justeru.. aku bukan bidadari.. entah apa yang dilarikan jemari atas paparan skrin juga mampu membelah rasa.. maafkan aku...

Hanya harapanku.. aku akan menjadi bidadari. . Zaujah pemunya diri.. di surga yang abadi..

Akhirnya. . Maafkan diriku.. atas segala tingkahku.. perkataanku.. perbuatanku.. entahkan yang lalu, sekarang atau akan datang.. maafkan aku..

Saturday, August 31, 2013

SAYA ROY - SHELL PAROI JAYA Part 1

Ini stesen minyak... sini aku kerja.. masuk minyak.. lap-lap, sapu-sapu.. bagi bersih.. dapat duit.. hantar rumah satu kali.. bagi makan sana bangla punya orang...
Aku banyak hensem.. satu kali sirupa saruk han.. badan sirupa arnod susanakeja.. suma kije boleh buat.. banyak kuat.. suma boleh angkat.. letak cantik2.. aku banyak bagus.. banyak pandai.. Internet banyak bagus.. satu kali cuba bukak. . Satu kali engkau cuba kasi search sama aku.. aku ada pesbuk..  roy maes... satu kali mau pesbuk aku malam punya sip.. pinjam opis itu dalam.. mau tulis itu email sana bangla hantar..
Aku sini tengok itu banyak2 manis punya orang.. cantik2. . Satu kali aku cakap.. hi.. saya roy.. sini kilija.. panggil apa?
..** bersambung..

Saturday, August 10, 2013

Tips amik gambar guna henpon

4 technique to get better pictures. .
1. Light
2. Focus
3. Composition
4. Background

Cik abang saya menyebut... tak kisah kita amik gambar dengan henpon apa pon, perhatikan perkara-perkara ini..

Pastikan ada cahaya yang cukup untuk memperlihatkan objek yang kita nak amik... pehtu fokus pada subjek atau objek yg dikehendaki.. pastikan composition betul.. jangan potong tangan org ko.. kaki sikit ko.. objek dok tengah... jangan nak amik gambar orang,  nampak keto yang lebih.. pastu background tu perati sikit.. jangan ado makcik tgh interprem ko.. tong sampah ko.. kot sesikit boleh gak edit lagi.. tapi kot bosa kek background tu x dapek ler nak edit.. masa amik gambar tahan napas sikit.. supaya tak berguyang gambar tuh..

*ayat cik abg dah diolah semula.. hihi..

Sekian.. moga bermanfaat.. yang dah beso pakai dslr takyah ler dok gatal baca tips nih.. cam sey nih kot pakai dslr mmg manjang amik auto jek.. hihi..

SIFAT WANITA2

Kali ini saya mahu menulis pula tentang sifat indahnya wanita itu yang bisa buat lelaki tertarik.. asal kejadian hawa buat adam.. untuk jadi peneman.. justeru bagian dari hawa juga adalah dari adam.. ciri yang diambil itu penuh kelembutan dan kecantikan..

Cantik yang ada pada wanita itu satu anugerah.. juga ia satu ujian.. antara ujian besar bagi manusia.. samada meletakkan cantik itu pada mata manusia atau pada Allah.. meletakkannya pada Allah bukan berarti tidak cantik pada mata manusia langsung. . Suami itu yang halal untuk isteri gembirakan pandangannya.. wilma untuk mencari redho-Nya adalah dengan mendapatkan redho suami.. jika tidak katanya maka tidaklah.. mengembirakan suami dengan apa yang dipakai, yang disarungkan ke tubuh adalah pahala mudah buat isteri.. justeru mudah pula menjadi dosa bila diingkari..

Saya dulu, bertatih mahu menutup apa yang perlu.. hingga sekarang masih berusaha.. jika baju, dari kebaya pendek, kebaya ke baju kurung.. jika tudung dari m ke l dan ke xl.. cuba menutup.. apa yang perlu dari pandangan yang terlarang.. biar yang tertarik itu yang halal..

Dalam kehidupan sentiasa cuba buat yang lebih baik.. jadi cantik biar dalam syariat.. bukan selekeh dan buat umum muak dan tidak mahu  memandang.. lebih-lebih dalam menjaga hubungan dengan manusia.. peraturan Allah yang paling utama tapi peraturan manusia tidak boleh dilupa.. jangan bikin diri menjadi bualan kata.. membuka fitnah sekeliling umumnya..

Cantik itu subjektif.. mari kita cuba bersama.. cantik dalam syariat..

Friday, August 9, 2013

SIFAT WANITA1

Penyerahan diri kepada Dia itu memang sangat sukar.. manusia itu, sifat kemanusiaannya sangat banyak.. kerena sifat itulah yang menjadi dugaan untuknya.. mahukan surganya bukan mudah.. sebab manusia akan kena berkorban.. berkorban dengan sesungguh-sungguhnya, hingga jadilah dunia itu tiada arti baginya..

Sungguh memang semua ini bukan ada apa-apa.. rumah, keluarga, anak-anak, kereta, wang ringgit.. semua tinggalan yang tiada guna pabila roh dan jasad bukan lagi satu.. cuma, jika kita manfaati setiapnya supaya bisa menjadi bekal maka yang bukan apa-apa itu akan bagi manfaat buat kita..

Sifat manusia itu banyak.. hanya kerena saya wanita.. maka yang mahu saya ulaskan rajuknya wanita.. asal kejadian wanita itu, dari yang satu.. bagian yang lemah.. sebab itu dia lemah.. jika lihat wanita yang hebat, yang bagus, kerena dia membina kekuatan dan kental atas kelemahannya.. justeru,  jika lelaki itu kuat maka jadilah pembantu yang lemah.. jadi tukang pujuk bagi yang rajuk.. sifat hatinya umpama kaca sangat mudahnya berderai.. jadi tempati dan jagai ia sebaiknya.. terkadang jika ia jadi terlalu kental, akan hilang sensitif dan rajuknya.. mungkin itu baik... mungkin juga tidak.. 

Jika anda suami, ambillah hatinya.. gembirakan sang isteri.. dalam kehidupan dan budaya di Malaysia ini, isteri itu terlalu banyak kerjanya.. terutama jika berkerjaya.. kena jadi kental dan kuat mengurusi keduanya.. berikan ciuman.. hiburkan dgn kasih sayang.. belai rambutnya.. kerana selalu isteri itu menyimpan kelelahannya.. isteri jadi banyak berfikir.. kerena semua diurusi oleh dirinya.. hingga anak-anak mahu makan dan pakai apa.. bila mahu berbuat sesuatu, mana yang belum, akan datang bagaimana.. dan banyak lagi.. itu buat dia sensitif.. 

Silap sedikit mahu merajuk... begitulah sifat yang Allah telah beri padanya.. suatu nikmat supaya sang suami jadi pemujuknya.. sifat itu tunjukkan kelembutannya... kerena dia wanita...

Wahai sang isteri pula.. bila tiba saat kau merajuk atau berkecil hati, serahkan pada Dia. . Yang Maha Pengasih dan Penyayang... jangat diikuti bisikan-bisikan hati.. sementara ada masa syaitan mula berbisik-bisik.. banyakkan istighfar dan serahkan diri dan perasaanmu.. pada Dia..

Tuesday, June 4, 2013

June 2013 Blog Giveaway

Salam all,
nak joint giveaway.. jom ramai².. dah lama saya follow.. sbb saya kan suka buat craft... anyway, thank you lin... banyak sangat saya belajar dari blog sis.. :)

Friday, May 17, 2013

SELAMAT HARI IBU *must read kalau akan ada anak atau merancang untuk tambah anak

Salam all,

semalam saya diraikan.. hihi.. dalam satu bengkel yang menyeronokkan "MAMA BE CONFIDENT".. mostly, apa yang dirancang adalah untuk merai mama-mama kat pejabat saya nih.. seronok.. dan.. entah apa.. saya terfikir untuk menulis entry ini after lama men'senyapkan' diri... since hari ini rehat lama maka dapatlah jemari saya menari atas kibot untuk me'rajinkan' diri sedikit..

antara entry saya yang terawal selepas bertukar pejabat.. bukan apa.. hidup terkawal.. cuma rasanya banyak sangat benda nak dibuat hingga tak tercapai tangan.. untuk rakan², mahu saya ulangi ucapan Selamat Hari Ibu.. Selamat Hari Guru... semoga Allah permudahkan setiap urusan kita ya... :)

Just nak share sesuatu.. recently bila saya dengan rakan disekeliling bercerita atau bercakap tentang tambah anak, ianya dilihat seolah sesuatu yang mudah.. hingga ramai yang selalu fikir kalau isteri mengandung itu mudah.. paling kurang hanya morning sickness.. awal-awal saja.. lama-lama hilanglah... jangan fikir begitu ya.. bila seorang perempuan itu mengandung, suami perlu bersedia... sepenuhnya.. mental dan fizikal.. sebenarnya, peluang untuk anda kehilangan isteri anda itu sentiasa ada..

Sekarang ini, kalau isteri mengandung kali pertama mungkin suami akan rasa bimbang... takut untuk melaluinya.. tetapi bila masuk anak kedua dan seterusnya, ramai yang rasa mudah.. hantar isteri yang hendak bersalin ke hospital.. nanti ambil untuk bawa pulang bersama bby yang comel... huhu.. tidak semudah itu ya...

Ramai yang terlupa.. bahawa kebarangkalian untuk suami pulang tanpa isteri.. atau tanpa anak itu tetap ada... ini antara hidup dan mati ya... setiap kelahiran tidak pernah sama... saya  mungkin berfikir begini selepas apa yang terjadi... kelahiran anak sulung, mungkin sedikit sukar... tetapi anak kedua.. Alhamdullillah, Allah permudahkan segalanya untuk saya..

Sebab itu, bila anak ketiga... mungkin tak sukar... Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.. apa sahaja mungkin berlaku.. dan apa yang terjadi pada saya, buatkan suami merasa akan kehilangan saya... tidak dapat saya bayangkan.. saat dia menefon ibu saya, dia tidak mampu bercakap.. terdiam dan hanya menangis.. kerana saat itu, saya berjuang antara hidup dan mati.. 40 - 60 doktor kata..

Sebabnya.. hanya bleeding tak stop.. dan saya melaluinya.. hysterectomy.. sedar diri semasa saya di ICU.. suami menungga saya di situ.. malam.. sudah malam.. sedangkan saya selamat melahirkan Firas secara normal tengahari itu.. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...

Sebab itu saya mohon.. sentiasa hormati ibu anda.. sentiasalah hargai isteri anda.. tatkala dia sedang berjuang... dan selagi dirinya masih bernyawa.. bukan mahu terlalu memanjakan... hanya tidak mahu dipandang mudah... ingatlah.. segala proses sehingga lahirnya seorang insan ke dunia itu bukanlah mudah... pandanglah wajahnya.. ucapkan terima kasih padanya... :(

Salam penutup bicara...

Tuesday, April 23, 2013

10 PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK


Wuduk.. niatkanlah..

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan
kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di
tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di
padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan "Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian
Siratul Mustaqqim nanti".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunlah dosa2 aku".

Nota:
Jika rasa susah sangat hendak ingat semua itu, maka buat permulaan buat yang no 7 sahaja dulu pun tidak mengapa ya.

Silalah SHARE untuk kebaikan bersama

Wednesday, April 17, 2013

PRU13 : Senarai Calon Parlimen dan DUN Negeri Sembilan

Salam,

hanya makluman untuk org Negeri Sembilan... :) saya di Johor..
* sumber from FB En Jeffry..
PRU13 : Senarai Calon Parlimen dan DUN NSDK

Senarai Calon Parlimen adalah seperti berikut :

P126 Jelebu : Tuan Zainuddin Hj Ismail

P127 Jempol : Tan Sri Dato’ Seri Utama Hj Mohd Isa Dato’ Abd Samad

P128 Seremban : Dato’ Yeow Chai Thiam

P129 Kuala Pilah : Dato’ Hasan Malek

P130 Rasah : Encik Teo Eng Kian

P131 Rembau : Tuan Hj Khairy Jamaluddin Abu Bakar

P132 Telok Kemang : Dato VS Mogan

P133 Tampin : Dato Shaziman Abu Mansor

Senarai nama calon kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)

N01 Chennah : Siow Foo Wen

N02 Pertang : Jalaluddin Alias

N03 Sungai Lui : Mohd RAzi Mohd Ali

N04 Klawang : Dato Yunus Rahmat

N05 Serting : Dato’ Shamsulkaha Mohd Deli

N06 Palong : Dato’ Lillah Hj Yassin

N07 Jeram Padang : Manikan a/l Mechumanan

N08 Bahau : Dr. Yee Mee Fa

N09 Lenggeng : Dato’ Ishak Ismail

N10 Nilai : Gan Chee Biaw

N11 Lobak : Titan Ho Kok Yeaw

N12 Temiang : Lee kee Chong ( Jason Lee)

N13 Sikamat : Wan Salwati Hj Abdullah

N14 Ampangan : Hj Abu Ubaidah Redza

N15 Juasseh : Dato’ Mohamad Razi Hj Kail

N16 Seri Menanti : Dato’ Abdul Samad Ibrahim

N17 Senaling : Dato’ Ismail Lasim

N18 Pilah : Dato Norhayati Omar

N19 Johol : Ustaz Mohd Fadzil Kassim

N20 Labu : Dato’ Hasim Rusdi

N21 Bukit Kepayang : Wong Oi Foon

N22 Rahang : Julia Wong

N23 Mambau : Datuk Yu Chok Tow

N24 Senawang : Choong Vee Hing

N25 Paroi : Mohd Ghazali Wahid

N26 Chembong : Dato’ Zaifulbahri Idris

N27 Rantau : Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan

N28 Kota : Dato’ Awaluddin Said

N29 Chuah : Dato’ Seri Dr. Lim Chin Fui

N30 Lukut : Vincent Yeong

N31 Bagan Pinang : Tuan Hj Tun Khairuddin Abu Bakar

N32 Linggi : Abd Rahman Redza

N33 Port Dickson : Dr P. Tanaletchumi

N34 Gemas : Abd Razak Said

N35 Gemencheh : Mohd Hisham Mohd Isa

N36 Repah : Yap Seong Fook

72% senarai calon baru diperkenalkan mewakili Barisan Nasional di PRU13 ini dan mempunyai latar belakang profesional, ahli perniagaan dan sebagainya.

Tuesday, April 16, 2013

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR



RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR>>>
BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.

Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya ibrahim dan bapak saudaranya abu thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-

♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata

♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat

♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)
1)biakan didalan ini anda tanpa bermanfaat untuk orang lain.
2) anda sebarkan pada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda,
"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."

Monday, April 15, 2013

6 PESANAN BUAT ISTERI @ DIRI SENDIRI



:: 6 PESANAN BUAT ISTERI ::

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

Pakar diari hati : Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

Friday, April 12, 2013

PESAN UNTUK SETIAP AYAH DAN IBU


Anakmu suka berdusta ; anda terlalu ketat mengongkong perbuatannya.

Anakmu tidak punya rasa percaya diri ; anda tidak memberikan dorongan kepadanya.

Anakmu lemah dalam bicara ; anda jarang mengajaknya berdialog.

Anakmu mencuri ; anda tidak membiasakannya untuk memberi dan berkorban.

Anakmu pengecut ; anda terlalu memberikan pembelaan kepadanya.

Anakmu tidak menghormati orang lain ; anda tidak bicara dengan kelembutan kepadanya.

Anakmu selalu marah-marah ; anda tidak memberikan pujian kepadanya.

Anakmu kedekut ; anda tidak menyertakannya dalam berbuat.

Anakmu suka jahat kepada orang lain ; anda kasar kepadanya.

Anakmu lemah ; anda menggunakan ancaman dalam mendidiknya.

Anakmu cemburu ; anda mengabaikannya.

Anakmu mengganggumu ; anda tidak mencium atau mendekapnya.

Anakmu tidak mau patuh kepadamu ; anda terlalu banyak permintaan.

Anakmu bermasam muka ; anda sibuk terus.

Anakmu adalah amanah yang harus dirawat dan dididik dengan baik.

(DR. Thariq al Habib)

DOA KETIKA MEMBASUH BERAS

Salam,

from FB yang rasanya bagus untuk kita kongsikan..



Duhai para isteri dan ibu...ayuh! amalkan doa ini ketika membasuh beras.. tak susahkan?

Eh! selalu lupa nak baca doa...
Jom ambil langkah pro-aktif..

Catat / cetak dan tampal berhampiran sinki.. tempat yang kita senang nampak.. In Shaa Allah, ia membantu kita untuk selalu berdoa..

Doa untuk amalan ketika membasuh beras..

"Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agamaMu sebagaimana Engkau lembutkan beras ini hingga menjadi nasi"

Kemudian.. berselawatlah.. teruskan berselawat sambil membasuh beras ikut lawan arah jam iaitu dari kanan ke kiri...

Jom amal!

Please share..

Monday, April 8, 2013

CARA MEMBUAT SIRIH JUNJUNG MUDAH 2

Salam,

kali ini saya kongsikan satu lagi sirih junjung untuk adik perempuan saya yang bertunang.. saya buat yang simple sahaja..

Bahan yang diperlukan:

Polisterine bulat tebal 1 setengah inci (dibalut dengan kertas warna silver, bolet juga baut dengan kertas crepe, kain etc)
Daun sirih
Stapler (pengokot dan dawai kokot - dalam bahasa melayu)
Jarum peniti
Gunting
Bunga (mulanya saya nak rose hidup.. tapi semua sold out.. bunga apa² pon boleh... ikut warna tema)
** saya tak gunakan span basah atau polisterine lain sebab yang saya jadikan base nih dah tebal.. so.. cucuk je terus..

Cara membuatnya:
Gulungkan sirih seperti di bawah.. kalau boleh mesti buat rapat² dan kemas.. sebab saya tak mahu ia kembang.. staplerkan bahagian bawah.. buat banyak².
Seterusnya, ambil polisterina tadi, susunkan mengelilinginya.. hanya cucukkan dengan peniti supaya sirih duduk diam..selepas siap layer paling bawah, buat beberapa layer lagi supaya keseluruhan polisterine tertutup.
Akhir sekali, saya selitkan bunga-bungaan diantara sirih yang terbaring, kemudian, saya cucukkan 3 tangkai besar bunga berdiri di tengah... tambahkan lagi sirih sekiranya mahu nampak lebih rimbun.. selitkkan kapur, gambir dan pinang (option).. ini kalau betul mengikut adat macam yang kami buat..

Ok.. inilah hasilnya.. harap membantu.. 
Tq tengok.. :)
Salam penutup bicara..

Saturday, April 6, 2013

MAJLIS PERTUNANGAN ZANA - TEMA MERAH PUTIH

Salam,

Cuma nak update.. selepas beberapa minggu berlalu.. baru ada masa dirumah hari ini untuk cerita tentang majlis pertunangan adik perempuan saya.. yang mana saya lebih² sibuk kononnya.. hehehe... pada tarikh 24 Mac 2013 yang lepas.. kali ini adik saya memilih tema merah.. dan kami gabungkan dengan putih.. memang warna kegemarannya... maka beberapa minggu sebelumnya bermulalah episode membuat bunga...

Ini adik perempuan saya.. Siti Zana, yang telah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya.. kami memang sokong 100%.. cari sendiri.. pilih sendiri.. semoga pilihanmu ini akan berkekalan ke jinjang pelamin dan kemudiannya ke syurga.. Amin.. majlis berlangsung di kediaman mak dan abah saya di kota tinggi..
Simple sahaja... mini pelamin by me and my along.. saya balik kain² tabir dan bantal besar lengkap bersarung dah siap.. tinggal nak digantungkan dan dikemaskan sahaja.. bunga besar saya buat menggunakan kertas crepe yang keras.. sekuntum sahaja... kemudian dihiaskan dengan bunga² ros daripada crepe nipis... saya siapkan juga frame tengah dan pomander ball daripada seremban lagi.. maknanya memang penuh ler kereta dengan barang².. saya balik hari khamis malam.. jumaatnya baru sampai terus mengulit hantaran.. takut tak sempat.. tu yang dah siapkan awal..
 Adik saya saat disarungkn cincin pertunangan oleh bakal ibu mertuanya.. :) 
Gambar hantaran yang saya dan along siapkan.. banyak yang along dah buat awal².. kotak² memang dah siap dengan ribbon.. tinggal saya kemaskan barang² di dalamnya dan hiaskan dengan ranunculus kertas yang saya buat.. nanti saya akan detailkan.. bagaimana membuatnya pon tidak susah.. ada kesempatan saya kongsikan paper ranunculus yang saya suka membuatnya sendiri.. hehe..

Setakat itu update kali ini.. lepas ini saya akan tunjukkan bagaimana saya membuat sirih junjung yang sangat simple, membuat rose frame.. pomander ball... wah.. macam ye jer nak buat tutorial.. jika ada kesempatan saya cuba kongsikan ya..

Terima kasih sudi baca... dan.. selamat bertunang adikku Zana.. :)

Wednesday, March 27, 2013

BERKEMAS..

Salam all,

hari ini.. datang kerja dengan beberapa masalah menunggu untuk diselesaikan... tapi rasa hati sangat sukar untuk dinyatakan... lebih² lagi bila anak buah masuk ke bilik dengan pelbagai hal.. entah macam mana nanti jika saya tiada.. hati gundah gulana.. entah kenapa asik fikir yang bukan².. walhal, keadaan akan baik saja selepas saya pergi.. saya hanya pegawai biasa... bukan ada kepentingan apa-apa.. maknanya, saya ada atau saya tiada sama sahaja... titik.. noktah.. jangan difikirkan lagi...

kemudian saya mula mengemas.. wahhh... ini antara part yang susah sebenarnya... terjumpa pelbagai sejarah dalam drawer saya.. kad jemputan perkhawinan.. kerana kad bukan sekadar kad... ada cerita disebaliknya.. majlis rakan-rakan saya di sini... dan... kalendar tahun lepas²... nota² kerja saya... banyak yang saya takkan bawa ke tempat baru.. hanya memori disebaliknya saya simpan erat dalam ingatan..

baru drawer.. belum almari belakang.. almari bercermin.. kabinet berkunci... susah benar... bukan banyak yang saya nak bawa balik... banyak barang adalah milik PTM.. jadi saya akan tinggalkan... hanya yang peribadi sahaja... bila menyemak dan nak memasukkan ke dalam kotak, saya asik terbawa rasa.. walhal saya telah berjanji... hari terakhir nanti baru saya akan hamburkan segala kesedihan saya.. sebab itu, semasa majlis perpisahan hari itu, saya jadi kuat.. saya tak menangis tika berucap.. walhal hanya Dia Yang Maha Tahu perasaan saya ketika itu..
*pic from Kesba blog
mereka usik² saya, kata saya perlukan tissue.. huhu.. saya jatuhkan air mata ke hati... sebab itu kamu tak nampak.. (huhu.. poyo jerr...).. saya memang berdoa sungguh... dan Alhamdulillah.. saya berjaya... anyway.. terima kasih untuk semua yang terlibat menjayakan majlis itu... buat boss yang tak sempat tarik nafas balik dari melaka, buat kawan baik saya yang datang juga walau tengah bercuti... buat jtk saya yang sibuk arrangekan majlis nih.. walaupon tak dapat hadir waktu tuh... untuk orang kuat kesba yang sedang bercuti juga... terima kasih banyak.. ramai lagi... terima kasih kawan²..

kenangan saya dengan kesba banyak sangat.. sbb kami sama² staf sokongan... saling memahami.. tanam pokok bersama... terkinja tengah padang masa family day bersama... maen masak² kambing sesama.. huhu.. kita maen² gak buat apam dot² dengan cistat... seronok kan kita...

taknak tulis lagi... sbb tgh layan blues.. hehe... solat dulu... nanti biler² sambung...

Salam penutup.. terima kasih singgah dah baca.. :)

Monday, March 18, 2013

BERAT HATI, ...

Salam,

sekarang, saya dalam proses nak meninggalkan... organisasi yang telah 4 tahun saya bernaung di bawahnya... tiba-tiba saya jadi sangat sensitif.. mudah benar terusik jiwa... rasa sedih... kerana sepanjang 4 tahun ini, cukup banyak yang saya pelajari... dan cukup banyak kasih sayang saya kongsikan dengan mereka disini.. jadi saya rasa sedih... sedih yang sukar saya ungkapkan...

susah benar mahu fokus... lebih lagi fokus untuk menyiapkan serah tugas itu.. banyak sangat perkara yang perlu saya tuliskan.. kalau boleh semua yang ada dalam kepala otak saya ini mahu saya terjemahkan kedalam bait² tulisan... yang kadang-kadang sukar untuk saya mulakan... saya tidak mahu dia susah... tidak mahu dia pening... seperti apa yang saya rasakan saat memulakan tugas disini 4 tahun lalu...

terlalu banyak yang saya perlu cari sendiri.. terlalu banyak yang saya perlu kutip sepanjang perjalanan itu.. entah bagaimana dia nanti... tapi kenapa perlu saya risau untuk satu benda yang tidak pasti... mungkin yang datang itu nanti lebih banyak pengalamannya.. lebih banyak ilmu di dada.. pasti petik jari sahaja mudah dilunasinya... ingatlah... kitakan mampu berusaha.. selebihnya serahkan pada Yang Maha Kuasa itu...

cuma, jika rakan-rakan membacanya.. berilah semangat pada saya menjelang hari-hari terakhir saya disini... kerana saya sedih... lebih-lebih lagi jika terlihat wajah sedih rakan-rakan.. ampuni saya.. redhakan pemergian saya.. untuk sesuatu yang lebih baik.. insya Allah..

salam penutup :(

Tuesday, February 26, 2013

BASUH MESIN BASUH

Salam,

rakan-rakan.. cuma nak cerita sikit.. nih bukan nak promote pape.. dan saya pon takde keahlian pape.. cuma nak ingatkan.. kalau hari-hari mesin basuh kita cuci baju kita, ingat-ingatlah sikit nak cuci mesin basuh kita tu ya.. dan especially yang pakai mesin auto macam saya.. kire suma budak kecik tuh yang buat sampai siap.. dah siap sidai jer.. cuma pernah beberapa kali mesin basuh saya nih macam ada kotoran lain pulak melekat... macam sisa-sisa kat dalam mesin.. bukan kotoran pada pakaian.. masa tuh, saya pon menggoogle ler nak cari panduan.. pastu saya jumpa nih..
nih brand cosway okeh... dah senang jer nak carik kedai cosway.. kat tesco seremban2 tuh ada.. maka saya pon pergi merembat benda nih.. wash drum cleaner.. rm 14 kalau tak silap.. mestilah bukan harga ahli.. sbb keahlian saya sudah bertahun dulu mati.. hehe.. jadi beli bukan harga ahli.. ada dua bungkusan dalam tuh..
awal-awal rendam, dah kuar macam kat atas tuh.. eeeiii.. geli jer... baru beberapa minit tau.. yelah.. toilet pon kita tau cuci kan... sinki pon kena cuci.. baru bleh cuci benda lain.. rendam bagi lama sikit.. tapi method saya pakai tak bape betul.. tuh yang kena buat skalik lagi..
okeh.. mesin saya ada tub cleaning punya function.. tapi nasihat saya, kalau nak pakai benda nih, jangan guna function tuh..just penuhkan air jer.. sampai penuh.. pastu, biarkan semalaman.. esoknya, sila buat pembasuhan seperti biasa... sekejap pon cukup.. guna speed nyer course pon okeh.. asalkan buat complete cycle.. wash, rinse and spin.. ok.. skang mesin saya dah bersih.. keladak @ kotoran dia jangan cakap.. geli melihatnya... ok.. saya advisekan, buat ler setahun sekali..

barulah boleh bersih sebersihnya.. hehe.. sekian, terima kasih..

salam penutup bicara..

Wednesday, February 20, 2013

KAD UNDANGAN PERKAHWINAN @ BIL TNB

Salam,

just nak share.. kad yang unik.. penuh maksud.. hehe..
udangan majlis perkahwinan daripada rakan di kolej.. bila kami mengusik.. cepat sahaja rakan kami menjawab.. kerja anaknya katanya.. hehe.. tak terpikir plak sebelum nih.. anak rakan saya nih keje tnb.. comel jer.. bagi bil tnb.. hmmm.. dulu masa saya kawen saya keje cikgu... hmmmm.. apa yang sesuai untuk menunjukkan keguruan ya.. hehehe.. takde maknanya..

kad saya dulu biasa sahaja.. kaler cream dan ada love warna merah.. hehe.. ada lagi dalam album kawen yang besar gedabak itu.. bila dulu² akif tengok album tuh ada masanya dia merajuk sbb dia takde dalam gambar.. haha.. takkan dia boleh ada plak kan??? hehe..

sebelum itu, mahu sambung sedikit cerita ROTI TELUR JATUH.. kirenya part 2 ler nih.. sampai sahaja di rumah selepas mengambil abang semalam, dia membawa tupperware penuh berisi roti telur jatuh ke dapur.. saya katakan padanya supaya buang sahaja roti telur tu.. nak buat macam mana.. bukan rezeki kita.. saya tinggalkan dia di dapur sambil mengemas di ruang tamu..

kemudian terdengar esak tangis perlahan di dapur.. saya melihat akif berdiri sambil menangis di hadapan peti ais.. perlahan saya memberitahunya... janganlah sedih... itu bukan rezeki kita.. bersyukur pada Allah dan semoga ada rezeki lain untuk kita.. kalau akif nak lagi nanti mama buatkan roti telur bila² ya..

semua pinjaman sementara.. hanya padanya tempat bergantung.. dan semoga keredhaan-NYA sentiasa mengiringi perjalanan ini sehingga hari itu tiba.. Amin..

salam penutup cerita petang ini..

KURA-KURA @ CITY PARK S2

Salam,

macam tak pernah tengok je kan?? bukan luar biasa pon.. hehe.. cuma nak tunjuk gambar-gambar mereka.. di ahad pagi selepas breakfast @ NS Corner S2, kami singgah City Park.. masa bagi ikan makan, ikan panjang² Firas taknak pulak amik gambar.. tiba tang kura-kura nih, siap posing bagai.. hehehe.. soo.. layan pic..
 3 orang budak tengah tengok kura-kura.. "Kuku dia panjang kan??" kata Harraz.. siap ler.. mama dah dapat dah.. kalau kuku panjang macam kura-kura.. maknanya, tak tau nak potong kuku.. hehe.. mesti Harraz akan cakap.. "Dia haiwan kan mama.. dia tak tau pikir..".. hehe..
 Rasa nyaman jer.. kat celah² batu nih pon ada ikan tau.. best.. next weekend plan nak bawah raket badminton... since ayah dah layan hobi laen, kami pinjam raket ya... hehehe.. tgk bebudak maen cam best jer.. leh ajar bebudak nih maen.. tapi siap ler raket tuh kang.. ntah apa rupanya.. kena beli yang rm 2 punya nih.. hahahah...

Saja nak selit.. crepe flower... 
Takde kaitan langsung gambar bunga dengan kura-kura.. huhu... tunggu... len kali saya cerita pasal bebungaan ini ya.. kalau rajin leh buat tutorial.. tgk ler nanti... hmmmm.. ada rupa bunga takni?? ..:)

Salam penutup..

Tuesday, February 19, 2013

ROTI TELUR JATUH

Salam,

baru sahaja tadi.. mendapat satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali..

"Hello.." ujar saya..

"Hello mama... roti telur tu terjatuh tadi.. habis semua roti dah kotor.. abang pinjam duit kawan.. beli makanan.." suara Akif di hujung talian..

"Takpelah... cakap dengan kawan, pinjam duit tu dulu.. esok mama bayar.." jawab saya..

selepas bersalaman, ganggang diletakkan.. huhu.. menitis air mata saya.. bukan sebab roti.. tapi sebab anak itu.. sudah bukan rezekinya roti telur yang saya goreng pagi tadi.. tapi saya tahu.. dia sedih.. kerana itu kegemarannya.. dan jika saya dekat, pasti saya pergi padanya... membawanya makan di mana-mana... atau boleh sahaja menggorengkan roti lain..

setiap hari saya akan bawakan bekalan ringkas untuk waktu rehat pukul 10.00.. air akan dibawanya sendiri.. pagi tadi saya bawakan dia air sirap..dengan satu tupperware penuh roti telur.. siap ada telur dadar besar di bahagian atas.. memang kesukaannya.. kemudian saya bekalkan rm 2 untuk dia makan breakfast di kantin sebelum sekolah..

'en yang' saya kerja petang hari ini.. tapi biarlah akif makan di Brainy Bunch nanti.. adik-adiknya ada disana.. huhu.. jadi ibu terkadang sensitif.. dan saya terus terbawa dalam fikiran.. begitu rezeki itu milik DIA.. walau sudah mahu sampai ke mulut sekalipun, jika bukan untuk kita, redhakan sahaja.. begitu juga kalau kita terlepas sesuatu peluang, atau terlepas naik pangkat.. atau apa sahaja.. Alhamdulillah, syukur padanya.. pasti itu bukan yang terbaik untuk kita.. DIA kan Maha Tahu..

hatta, dalam setiap apa yang terjadi dalam hidup, redhakan... dan syukuri... qada dan qadar perjalanan kita telah ditentukan.. telah kita usahakan sebaik mungkin bukan? selebihnya, yang terbaik itu, serah pada NYA..

Alhamdulillah ya Allah.. nikmat MU tidak mungkin ku hitung...

Salam penutup bicara..

Friday, February 15, 2013

FLOWER @ BUNGA

Salam,

hanya mahu letakkan ini..
dibuat daripada kertas.. dan saya sedang membuatnya.. bila kelapangan... masih belum perfect.. sedang cuba dan terus cuba.. akan dikongsikan.. bukan sekarang...actually... dua bunga yang berbeza.. dengan cara membuat yang berbeza.. persamaannya, ianya daripada kertas... dan.. saya bergelumang dengan kertas sekarang.. sebelum ini crepe bersama durian.. sekarang crepe kertas pula...

semoga segalanya dipermudahkan untuk saya.. :)

Monday, February 11, 2013

MENAHAN DIRI DARI MARAH ...@ SABAR

Salam,

saya kongsikan dari sini

Menahan diri dari marah
Sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyebut tentang sifat menahan amarah:
“Sesiapa yang menahan marah, padahal dia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk dan disuruhnya memilih bidadari yang dia ingini.”
(HR. Abu Dawud – At-Tirmidzi)
Yang dimaksudkan dengan menahan marah di sini adalah seseorang itu cuba menelan marahnya, menahannya daripada terzahir serta bersabar dengannya semata-mata kerana takutkan Allah dan mengharapkan keredhaan-Nya sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya !
Bukanlah dia menahan kemarahan itu kerana mencari redha manusia atau kerana dia tidak mampu melaksanakannya (lemah kerana takutkan kuasa makhluk di sekelilingnya), tetapi dia meletakkan redha Allah dihadapannya, membatasi setiap tindakan dalam berinteraksi dengan manusia dan ujian kehidupannya.
Lantas, kelak Allah memanggilnya pada Hari Kiamat bersaksikan seluruh makhluk, dan dia berhak untuk memilih mana-mana bidadari syurga yang dia inginkan untuk dikahwininya serta menjadi isterinya di dalam syurga Allah yang kekal abadi. Subhanallah! Betapa besar ganjaran yang telah Allah sediakan buat orang yang menahan marahnya hanya kerana-Nya…

Jika mahu baca lebih lanjut klik sini ya..

Salam penutup bicara..

Sunday, February 10, 2013

SURAH AL-FATIHAH BY FIRAS

Salam rakan-rakan,

Dia baru sahaja 2 tahun 8 bulan.. dan dipagi hari ahad yang kami semua kemalasan ini, saya mendengar dia membaca surah tersebut.. lancar sahaja keluar tanpa tersekat².. maksudnya dia sudah ingat benar ayat² itu.. cuma istilah lancar itu bermaksud saya boleh memahami biji butirnya.. dalam sedikit pelat dan mahraj huruf belum mengikut yang seber.. tajwid belum boleh dikirakan lagi... tapi dia sudah boleh... sebak rasa hati saya..

Alhamdulillah.. syukur ya Allah.. dengan tunjuk ajar aunty² di Brainy Bunch Seremban 2 dan yang paling penting izin NYA... saya sangat berpuas hati... jenis saya nih bukan nak semuanya perfect... anak saya dapat sikit² pon saya bersyukur.. tapi ini memang boleh dikirakan banyak.. recite doa makan dengan meaningnya sekali pon sudah boleh.. juga beberapa doa lain.. dan terkadang semasa bermain, dia turut menagalunkan zikir.. Subhanallah.. banyak yang saya tak mampu buat sendiri, Allah telah permudahkan, dengan bantuan aunty².. mereka jaga anak saya dengan baik.. Harraz juga begitu, saya nampak banyak perubahan pada dia.. dan dia sangat suka pergi school.. kalau tanya, Harraz belajar apa hari ini.. memang dia akan cakap.. maen.. hehe.. saya sangat paham, sebab selalunya dalam maen itu banyak unsur pengajaran.. hingga mereka tidak sedar mereka sedang belajar.. Alhamdulillah..

Semoga semua Aunty² akan terus buat yang terbaek ya.. caiyok.. hehe... haritu, saya ada terdengar juga seorang parents yang bersuara tak puas hati, memang boleh cakap.. tapi biarlah dengan nada yang baik.. Aunty² tu pon manusia juga.. memang waktu petang bila balik kerja kita dan penat.. tapi kena fikirkan.. orang lain pon dah penat jaga anak kita.. kalau ada sikit silap dan terkurang itu biasa... bukakan hati.. belajar sabar... waaahhh.. cakap pasal sabar pula ya, saya pon sedang belajar... belajar bersabar.. ingat mudah ke? bercakap memang sangat senang... tapi nak mengubah diri.. Masyallah...

Saya berdoa sangat... DIA permudahkan urusan saya dalam mempelajari SABAR... hidup perlu sentiasa muhasabah diri dan usaha lebih lagi.. perjalanan ini bukan mudah kan? kalau mahukan sesuatu yang manis menanti kita, memang banyak yang pahit kena tempohi... saya mahu cerita satu...

Satu hari saya rasa saya rasa dah yang saya dah lambat sangat nak pegi keje... bila saya lambat kuar, saya lambat hantar akif, saya akan lambat fetch kengkawan saya.. yang bermakna, kengkawan saya akan tunggu saya lama... walhal Alhamdulillah, masa saya berangkat ke tempat kerja memang awal.. dan tak merah ler punch card tu kalau saya lambat sikit.. biasanya akan awal 20-30 minit.. maka, bila saya rasa dah lambat, terus ler kesabaran saya menipis.. kenalah marah Akif yang biasanya akan bersiap dengan kadar yang ilek-ilek sahaja.. hari saya dah tak berapa best sebab marah dia.. kemudian, saya pon speeding kat jalan lurus dan.... bila saya sampai, rakan saya belum sampai pon lagi... menyesal saya marahkan anak.. jadi kesimpulannnya, SABARlah wahai diri.. bukannya ada apa yang nak dikejar sangat.. dan yakinlah.. DIA lah yang akan menentukan sampai atau tidaknya saya.. wilma makanan sudah ada depan mata pon belum tentu masuk ke perut.. setiap detik, apa yang kita kerjakan, sudah ditentukan oleh DIA.. termasuklah minit ke berapa kita akan sampai.. dan berapa kali kita telah meneguk oksigen free dalam satu masa.. Alhamdulillah..

bersambung nanti... salam penutup bicara..


Thursday, January 31, 2013

MERISIK KABAR

Salam pembaca blog saya,

waktu rehat ini, saya ambil kesempatan.. maka sesi menghabiskan bacaan buku saya tertangguh seketika.. sekarang saya sedang membaca buku ini..
pic from Google
dimana biasanya quote "AWAS! JANGAN TAHAN AIR MATA ANDA!" di belakang buku itu menjadi nyata.. sukar untuk menahan nya bila rasa diri kerdil, hamba yang tidak sedar diri.. :(
hari ini saya menulis blog.. mahu letakkan gambar ini:

Majlis merisik dan seterusnya bertunang satu-satunya adik suami saya.. merangkap adik ipar saya.. Alhamdulillah.. saya sangat bersyukur... semoga dipermudahkan sehingga pernikahan dan seterusnya berkekalan hingga ke syurga..

Yang berbaju kurung purple itu Nur.. adik ipar saya... tersenyum bersama bakal ibu mertuanya... gembira hari itu.. dan majlis berjalan lancar.. Alhamdulillah... hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.. tapi kami memang diselubungi kegembiraan dan kesyukuran.. itu semasa tanggal 19 Januari 2013.. Gembira... Alhamdulillah...

Hari ini pula, suara mak yang saya rindui turut membawa berita gembira... semalam juga abah sudah cerita sedikit dengan cik abang saya.. walau ada berita yang sedikit sedih tapi saya bersyukur.. Adik saya Zana pula akan dirisik orang.. dan jika semuanya berjalan lancar, akan bertunang juga dalam waktu terdekat... gembira saya... ini menjadi sebahagian permohonan saya.. dan Dia hampir makbulkan.. Alhamdulillah semoga dipermudahkan juga urusan adik saya ini... kemudian mak bercerita pula.. tentang adik saya Izam.. kepalanya terkena besi.. risau juga saya... Alhamdulillah.. dia tidak apa-apa.. Ya Allah, semoga adikku itu sihat hendaknya... mereka semua pelengkap hidup saya yang menggembirakan... Izam juga sudah bertunang.. cuma majlisnya masih dalam proses.. semoga dipermudahkan juga urusan adik saya yang ini...

Adik saya ramai.. saya ada 5 orang adik yang hebat... Shahril dan Nisa sudah berkahwin dan ada anak.. masing-masing ada 3.. tinggal Zana, Izam dan sorang lagi Ikin... mereka semua sangat saya rindui.. sebab kami agak rapat... dan saling berkongsi cerita suka dan duka.. Alhamdulillah... terima kasih Allah.. Kau memberikan mereka semua padaku....

Mahu tulis banyak lagi... bersambung nanti ya..

Salam penutup bicara..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..