klik2..

Tuesday, May 6, 2014

BTN BESUT APRIL 2014 - Jenazah itu

Salam all,

sambung lagi cerita.. selepas satu perjalanan yang agak jauh.. ok.. jauh bila diiringi dengan beban yang perlu digalas.. basahnya pakaian bila melalui tepian pantai.. panasnya mentari.. arca dan segala macam benda lain yang perlu dibawa.. memang jadi satu perjalanan yang sangat panjang.. sangat panjang..

sampai ke kawasan lokasi.. kami pasukan yang ketiga tiba.. eh... tiga ke empat.. ntah... tapi part yang best.. kami ada waktu rehat yang panjang sikit sementara menunggu pasukan lain sampai.. so... rehat² sekejap.. tetiba, ada pulak satu pengumuman.. ok.. semua mangsa yang dibawa telah meninggal dunia.. task seterusnya perlu mandikan 'jenazah' dan kafankan... baiklah.. saya yang menurut perintah.. dah puas orang usung.. sekarang orang nak mandikan pula..

ingatlah kawan².. sementara ada masa ni, kalau ada kesempatan nak mandikan mak, ayah, suami, isteri dan anak-anak, jangan terlalu berkira.. sesungguhnya itu lebih baik.. daripada mandi saat roh telah terpisah daripada jasad.

rakan-rakan perempuan saya mengangkat saya.. dengan berlutut secara bersilang untuk menampung 'jenazah' di tepian pantai kemudian air dicurah perlahan-lahan.. membasahi wajah.. kemudian keseluruhan badan.. saya hanya mendiamkan diri.. dan sesekali mulut becok juga bila air masuk ke telinga.. yelah.. 'jenazah' masih boleh bercakap..  

sayu simpankan sahaja dalam hati.. terutama bila kain kafan mula membaluti tubuh.. kebesaran Allah.. memberikan saya peluang untuk merasainya.. cuma.. bila ia dilakukan ke atas kita, tiada peluang untuk melihat apa yang berlaku.. 

to be continued..

3 comments:

Kakzakie said...

Kakak dah biasa memandikan jenazah tapi buat demo utk diri sendiri tak pernah lagi. Mengajar sama-sama adalah. Menginsafkan...

asma Pak Wahab said...

wah..tak sabar tunggu sambungan..

Mama Mirza said...

Saya tak pernah kak zakie.. memang sudah pasang niat.. lepas ini jika ada kesempatan wajib saya belajar..

Sabar ya nur.. nih antara versi paling panjang nih.. x pernah lagi sangat rajin nih.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..